Tak pasti apa nama bunga jenis ini, kelopak putih yang sangat hebat di laman Etuza
Perlu Kemaskinikan Blog Apapun Situasi.
Termanggu seketika, memikirkan apa paparan seterusnya di blog. Nampaknya ketirisan idea yang bernas, adakah mungkin demikian.
Baiklah, apapun situasi berusaha juga sedaya upaya agar ada entry di blog, sebagai santapan mata memandang dan minda membaca. Sejak kemarin hendak publishkan entry tentang bunga alam, tetapi tersimpan dahulu untuk beri laluan kepada entry yang lain, yang difikirkan akan menjadi bahan bacaan di udara maya.
Bunga Mengindahkan Alam, menyerikan laman & menjadikan kita gembira melihatnya.
Cantik, nampak unik, corak sangat menarik, lembut dan nampak sinar keanggunan dan seri kelopak dan kuntuman bunga alam ini. Bunga ini mengindahkan alam, membuat hati sejuk melihatnya. Menjadikan kita rasa aman dan damai dan kagum pada ciptaan Tuhan yang maha esa. Lukisan alam yang semulajadi, sangat menawan dan menjadikan kita melihat zatNya, yakni kebesaran Tuhan semesta alam.
Bunga alam ini perlu di baja subur dan baja pembungaan.
Sejujurnya bunga alam ini perlu dijaga, di pulihara, di berikan sentuhan kasih sayang. Jangan biarkan dia ketandusan air basahan menyirami sekelilingnya kerana jika akan gersang daun akan gugur layu berserakan lalu musnah. Jika ada kelebihan cara penjagaan, bunga alam ini perlukan neutrin yang memberikan bunga itu sihat dan tumbuh dengan segar dan cantik, maka letakkan baja subur dan baja pembungaan. Pasti akan keluar perlahan bunga-bunga yang berbagai warna dan corak yang menakjubkan.
Pangkas atau trim ranting bunga kertas.
Selebihnya luangkan masa kita memangkas ranting yang kurang sesuai pada fizikal bunga, trim dengan gunting pangkas yang tajam. Dengan cara ini akan menjadikan kuntuman bunga lebih menyerlahkan kecantikan apabila tiba masa berbunga. Pasti sesiapa melihat keindahan bunga akan terpegun dan aman damai ketika melihat bunga-bunga cipataan Tuhan. Bunga yang sejak dulu dipelihara oleh Etuza ialah Bunga Kertas pelbagai warna corak, bunga ros, aglonema, bunga keladi, bunga puding, bunga catalea, bunga melor,bunga akar dani dan sebagainya.
Segar udara di sekeliling laman ketika awal pagi.
Ketika awal pagi keluar rumah menuju di laman, melihat bunga satu persatu sambil menghirup, menyedut udara segar di sekeliling laman ini.lalu terpanggil untuk menangkap gambar bunga alam ini. Dan kini beberapa gambar bunga dilaman menyantuni ruang blog Etuza, bersedia mempamerkan kembangan yang indah untuk tetamu blog Pesona Etuza. Jumpa lagi diartikal lain.
Kuntuman atau rekahan bunga kertas ID Tanglung Pink
Corak bunga kertas ID Citra
Bunga Kertas ID Arjuna
Bunga Kertas ID Bidadari
Bunga kertas Id Bongawan Sola Batik
Bunga kertas ID Bongawan Solo Batik
Bunga kertas ID Eva Oren
Bunga Jasmin
Bunga kertas ID Spaider Splash
Bunga Tahi Ayam
Bunga kertas ID Eva Putih
Bunga Kertas Sabah Indah Batik
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.