Fira Resmawati murid tahun 1C( Prorgam Intervensi ) Seliaan Etuza
Vedio bimbingan Bahasa Melayu - Dua suku kata.
Tersenyum manis anak murid berusia tujuh tahun ini, Fira Resmawati, murid kelas tahun 1 Cerdik. Gambar dan vedio bimbingan berfokus ini dirakam hari ini pada jam 11.00 pagi.
Program Intervensi Mentoring ( anak angkat )
Program ini dibawah seliaan Penolong Kanan Kurikulum,mensasarkan sekumpulan murid dari kelas tahun satu yang hingga bulan Jun masih tidak menguasai 3M ( menulis, membaca dan mengira ) Tahun 2025 semua guru terlibat menangani masalah ini, dengan membantu semampu boleh memulihkan murid bermasalah lambat menguasai walaupun ada Kelas Pemulihan serta ada guru khas Pemulihan di sekolah.
Akhirnya Etuza yang tidak masuk kelas tahun satu dan kurang mengenali murid tahun satu mendapat tugas menggalas tenaga yang ada untuk memberi bantuan dengan usaha sendiri berdasarkan modul yang diberikan oleh Penyelaras Program Intervesi berfokus ini. Sebab itu perjumpaan kali kedua dengan anak murid ini gambar dan vedio dia ke uadara maya melalui flatfom blog pesona Etuza.
Kenal pasti Masalah ( Tingkahlaku) & Rancang Latih Tubi
Murid bernama Fira ( singkatkan ) bukan lah ketegori yang teruk, hanya mungkin kurang latih tubi, kurang juga usaha murid ini, maka dia masih tidak dapat menyebut dua sukata mudah. Masih lambat menyebut dan tidak berkeyakinan. Dari segi disiplin murid ini baik, mampu mengawal diri dan bertenang semasa seliaan Etuza. Akur pada arahan dan tunjuk ajar. Hanya sedikit kecelaruan bila Fira bercakap sesuatu seperti melapor sikap kawan-kawannya, lalu berlakulah keadaan tidak fokus semasa didik ajar Fira. Selain itu Fira boleh betah duduk diam apabila mulakan bimbingan.
Dalam minda Etuza merancang beberapa perkara yang releven membimbing Fira agar dalam masa sebulan murid tampil lancar membaca dan tinggi keyakinan dalam semua pelajaran. Etuza melihat ada potensi murid ini memperbaiki kelemahan dan akhirnya berjaya melepaskan diri dalam Program Intervensi Mentoring Berfokus ( Anak Angkat).
Aktiviti latih tubi perlu dipergiatkan, memberi sebanyak mungkin yang dapat perkataan mudah dua suku kata mudah dan tiga sukukata mudah, berikan latihan menulis secara kerap, bekalkan kerja rumah dan Modul yang mudah khasnya pelajaran Matematik.Nampaknya Etuza harus bertindak cepat agar dapat membantu sekolah ke arah meningkatkan penguasaan 3M ini. Etuza merancang juga akan menyediakan hadiah galakan kepada murid ini apabila ada perubahan penguasaannya. Rasanya seperti seronok memenjadikan anak orang agar menjadi celik 3M.
Semoga Etuza dalam usia ini, masih mampu memberi sumbangsi yang murni. Generasi kini merupakan generasi muda yang menjadi pelapis dan gentera pentadbiran negara dimasa akan datang.
Surat rasmi penyerahan ( anak angkat ) Program Intervensi tahun 1 2025
Datangmu ku sambut gembira Komen dijawab klik SINI.
4 Ulasan
semoga fira dapat membaca dengan lancar di bawah bimbingan etuza.. ameen..
BalasPadamsemoga dipermudahkan segalanya. teringat masa darjah satu. membaca tak pandai, menulis apatah lagi tebalik ejaannya...
BalasPadamcomel anak angkat cikgu usaha pasti jaya kan fira...insyaAllah
BalasPadamCie dulu ajar anak baca guna buku ni la cepat pandai.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.