Tips Kesihatan, Individu Harus Tahu

Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

 
Etuza kini yang berbaju hijau berat 63 atau 64 kg. Berbaju
tradisional masa ini berat badan 68 kg atau 67 kg.
Alhamdulillah merasakan semakin sihat dengan amalan
diet yang mudah ini.
Tips Kesihatan, Individu Harus Tahu

Bab kesihatan sangat penting untuk kita ketahui. Jika tidak pasti tubuh badan kita yang Allah bagi dari azali cukup sifat dan sihat pada asalnya bertukar kepada tubuh badan yang sering sakit-sakit hingga tidak selesa.

Kesihatan tubuh badan menjadi dambaan semua orang. Hal badan menjadi lemah dan sering sakit-sakit adalah situasi yang menyeksakan kita, merosakkan emosi dan akhirnya menjadikan kita murung dan bersedih hati. Emosi yang tidak sihat menambahkan keadaan badan bertambah tidak sihat. Oleh yang demikian individu harus tahu tips kesihatan dan kita harus tahu, agar badan yang kita sayangi sentiasa dalam kondisi sihat.

Pengalaman Menjalani Diet  Kesihatan Diri.

Sejak dari Mei , Jun dan kini menjelang Julai Etuza mengamalkan deit iaitu dengan cara mengurangkan jumlah makanan seperti daging ayam goreng makanan berlemak dan sebagainya termasuk tidak mengambil minuman KOPI. Amalan diet Etuza adalah ekoran dari keadaan tubuh badan Etuza terasa tidak sihat dan berat yang tidak sepadan dengan tinggi dan usia Etuza ( BMI yang tidak seimbang ). Rawatan di hospital secara berjadual termasuk pemeriksaan tekanan darah juga berkala menyusahkan Etuza menjalani hidup secara normal. Pemakanan ubat juga harus mengikut waktu. 

Keadaan ini akhirnya Etuza membuat kajian dan penyiasatan sendiri dengan membuat banyak  pembacaan tentang kesihatan dan apa kah yang perlu dibuat sebagai usaha meningkatkan tahap kesihatan. Seingat Etuza berat Etuza masa itu agak berlebihan dengan mencapai 68 kg atau kadang 67 kg. Badan terasa amat lesu dan selalu mengantuk dan seluruh anggota tidak bermaya. Keadaan badan tidak demam, tidak pening kepala tetapi sentiasa agak tidak bermaya. Etuza mengambil kesimpulan KOLESTROL sudah menapak dalam tubuh ku ini. Jalan paling baik ialah berdiet secara istiqomah.

Diet Yang Diamalkan Dan Kesan Peningkatan Kesihatan.

Diet yang Etuza amalkan ialah : 
1. Kurangkan makan nasi , ambil kuantiti sedikit
2. Makan sayur-sayuran hijau seperti sayur bayam hijau, sayuran hijau dan sebagainya dengan cara rebus tanpa minyak sayuran tersebut.
3. Memakan telur rebus dua biji setiap hari pagi dan petang.
4. Tidak mengambil minuman berkeifin seperti kopi termasuk minuman three in one
5. Minum air putih secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semalam
6. Memakan buah-buahan dengan kerap seperti pisang, betik dan lain-lain.
7. Mengambil makanan roti yang tidak mengandungi gula.
8. Elak makanan berlemak, bergoreng dan makanan yang berkrim.
9. Mengambil minuman susu untuk kuatkan tulang tiga kali seminggu.
10. Kurangkan memakan kuih muih terutama kuih yang mengandungi gula yang banyak seperti kek yang berkrim.

Amalan  Etuza & Tips Kesihatan Lain Menggalakkan Peningkatan Kesihatan Diri.

1. Awal tidur agar menikmati tidur yang cukup. Tidur adalah rehat yang harus kita nikmati setiap malam.
2. Bangun awal pagi seawal 4.20 pagi. Bersedia untuk solat subuh  dan berdoa. (Jangan tinggalkan solat dan doa)
3. Rutinkan mandi pada awal pagi untuk segarkan pengaliran darah keseluruh badan.
4. Membuat pemeriksaan tekanan darah selang dua hari.
5. Bersenam seperti berjalan kaki atau berlari.
6. Mengambil makan ulam atau minuman herba yang menyihatkan.
7. Rehat secara berbaring selepas solat Zohor, terutama dihujung minggu. Tidur sekurang-kurangnya 30 minit pun mencukupi.
8. Amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Alhmadulillah dengan amalan DIET seperti yang dinyatakan di atas, menjadikan tubuh badan Etuza, tidak lagi lesu dan tidak bermaya. Berat badan yang sesuai pada tubuh badan Etuza yang berketinggian sederana iaitu 156cm, umur kini ialah 63kg. Terasa badan lebih ringan berjalan stabil dan langkah mudah digerakkan. Tekanan darah juga kembali normal selain denyutan jantung juga baik.

Kepada teman yang kurang sihat cubalah diet Etuza ini. Kahsnya memakan telur rebus setiap hari, memakan buah-buahan, kurangkan makan nasi,lebihkan makan syuran hijau, sedikit memakan daging, ayam goreng dan rajin minum air putih, Pasti kesihatan anda meningkat. Sesungguhnya tubuh badan yang sihat adalah satu perkara dambaan kita yang membahagiakan. Selamat mencuba TIPS Etuza ini.

Makan telur rebus pagi dan petang.
Pasti nikmat kesihatan kita rasai.

Catat Ulasan

0 Ulasan