Stesen Keretapi Pangi, Tenom

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Menaiki Keretapi di Stesen Keretapi Pangi, Tenam.

Kami ke sini pada awal Januari 2025, bersama kakak sulung Etuza, keluarga adik Etuza, adik kedua Etuza serta isteri dan anak perempuan Etuza. Niat hendak ziarah saudara bernama Zamri Bin Hasyim yang tinggal di Pamilaan Tenom. Nampaknya  saudara Zamri pergi ke Bandar Keningau atas urusan pembelian ikan katanya. Justru itu destinasi kami akhirnya ke Stesen Keretapi Pangi , Tenom.

Kata adik seronok naik keretapi di sana, nampak pemandangan dan air terjun serta sungai selain pepohon yang hijau di atas bukit. Lupa ambil gambar pemandagan tersebut. Mungkin kerana Etuza tak terfikir ada keperluan kerana masa itu Etuza menyepi dari berblog. 

Baiklah ini antara gambar kami di Stesen Keretapi Pangi, Tenom. Hendak pergi ke Tenom dari Daerah Keningau hanya mengambil masa selama 40 minit dalam pemanduan sederhana laju. Best juga kenangan ini, kini ke udara di blog diabadikan dalam blog Pesona Etuza. Mohon maaf,gambar hanya dalam  keretapi yang sedang bergerak.

Suasana di Stesen Keretapi Pangi, Tenom, Sabah

Suasana di Stesen Keretapi Pangi, Tenom, Sabah

Dalam keretapi 

Family Etuza

Dalam keretapi yang sedang bergerak 

Family adik bogsu Etuza dalam kertetapi

Catat Ulasan

0 Ulasan