Pertama Kali Melihat Telur Ayam Penelur.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Gambar ayam penelur peliharaan.
Ayam Penelur Luarbiasa

Bertemu lagi di udara maya. Beberapa hari membisu tanpa ada tulisan di wall blog ini. Terpanggil menulis hal ayam penelur peliharaan di reban. Ada enam ekor dipelihara pada mulanya. Niat hendak memelihara adalah untuk suka-suka dan sebagai hobi serta pengisian masa dengan adanya aktiviti memberikan ayam makan ( dedak ) atau bahasa rasmi BAJA AYAM.

Dijaga dan dipelihara penuh kasih sayang, lalu membesar dan sepertinya mulai berbunyi dan tidak tenang mencari tempat untuk bertelur pada usia 18 minggu ( 4 bulan 2 minggu ). Suatu hari kala petang, pergilah meninjau reban ayam penelur, dengan harapan ada sesuatu dalam besen tempat ayam bertelur. Alangkah terkejut melihat sebutir telur kelihatan bersih dalam besen yang diikat di tepi reban. Etuza rasa nak melompat kegembiraan. Tetapi segera Etuza lafazkan ALHAMDULILLAH bersyukur nikmat melihat telur di reban ayam penelur. Dah bertelur rupanya walaupun tidak ada ayam jantan di reban ini.

Ayam penelur menjadi 16 ekor setelah memelihara yang baru.

Cabaran Harus Sabar Meghadapinya

Etuza akui banyak cabaran memelihara ayam penelur atau ayam daging. Harus sentiasa bersabar, tabah dan rajin selalu. Ayam ini membuang najis merata, sentiasa mahukan makanan dan air yang mencukupi. Selain itu ayam pada awalnya ( anak ayam ) harus ada lampu agar anak  ayam menerima haba panas dan kurang kesejukan ketika malam. Sangat mencabar apabila ayam sakit hingga duduk diam tidak lalu makan. Seperti manusia juga ayam ayam akan  sakit, kenalah buat rawatan dan membeli ubat untuk merawat ayam agar kembali sihat dan makan semula.

Cabaran lain ialah bab membersihkan najis di reban. Setiap seminggu sekali hendak bersihkan lantai reban. Kebersihan perlu dilakukan apabila longgokan najis semakin banyak bertompok. Sembur dengan air yang deras dan cedok tinja tersebut. Jika tidak aroma najis ayam akan semakin hangat terhidu. 

Alhamdulillah untuk percubaan pertama dan kedua Etuza berjaya memelihara ayam penelur apabila hanya seekor anak ayam mati. Itupun akibat dipatuk oleh ayam betina kampung. 

Hampir terlompat melihat sebutir telur.
Akhirnya bertelur pada 18 minggu

Kutip Telur Setiap Hari 

Memelihara ayam penelur terbit dalam hati apabila ada rakan bercerita tentang ayam telur peliharaannya. Dan ada Etuza membeli telur dijual olehnya beberapa kali. Rasa seronok pula memakan  telur rebus ketika sarapan pagi. Sebab itu niat semaklin kuat memelihara ayam penelur. Semangat semakin kuat apabila setiap malam Etuza melihat UTUBE tetang ayam penelur. 

Kini, dalam 49 ekor ayam peliharaan Etuza, maka setiap hari telur dikutip dan di susun ke try telur. Bila tidak habis di makan , Etuza berikan kepada adik beradik Etuza. Rupanya mereka hendak terus ada telur, kerana telur banyak kegunaannya seperti untuk buat kek, campur dengan tepung gandum, makas telur dadar dan lain-lain kegunaannya.nggembirakan anda semua.

Kepada yang berminat hendak pelihara ayam penelur,tipsnya hendaklah bersabar dan bekalan makanan ( dedak) hendaklah sentiasa ada.Etuza mendokan semoga ayam telur peliharaan mengeluarkan hasil dan meggembirakan anda semua.

Telur ayam penelur yang belum dibersihkan

Telur ayam penelur disusun setelah dibersihkan.

Telur akan di gred mengikut saiz

Telur yang masih fresh ( baru )

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Wah, banyak hasilnya tu. Tak rugi bela ayam kan. Dapat juga makan telur ayam hari hari tanpa beli di kedai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..bolehlah jimat tak membeli.Namun dedak ayam kena beli dan ada stok

      Padam
  2. Wahhh... Alhamdulillah... Banyak juga hasilnya. Best! Takyah la nak gi beli dah.

    BalasPadam
  3. Fascinating post and beautiful photos. Warm greetings from Montreal 😊 ❤️ Canada 🇨🇦

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. banyak jugak kutipannya tu.. biasanya, setiap hari boleh dapat kutip dalam berapa biji telur ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutip selalunya satu try telur..ada beberapa lagi nak masuk 2 try

      Padam
  5. Wah banyak jugak telur yg dapat dikutip..telur tu kalau di incubate boleh menetas ke? btw kalau berkelapangan boleh singgah di blog saya https://syazwantahir.blogspot.com/ :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.