Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Si  Maron Amat Berjasa.

Hadir lagi mencatat di wall blog ini. Melihat warna maron yang sangat berjasa terpanggil untuk updatekan blog pagi ini. Menjadi milik selama 22 tahun apabila mula dipandu pada awal Januari 2003. Cukup banyak khidmat maron ini kepada Etuza dan keluarga.

Wira meron ini menjadi kaki Etuza ke Universiti Malaysia Sabah, selama 4 tahun. Kereta ini sangat berjasa juga kepada keluarga Etuza, terlalu banyak kenangan hingga pernah di pandu digunakan oleh anak sulung hingga anak ke enam. Mereka belajar memandu kereta menggunakan si maron ini.

Maron Bertukar Tangan 

2025 kini bertukar tangan kepada kawan yang bernama Jaidia Bin Sari. Dibeli dengan harga yang dibincangkan, Etuza tidak meletakkan harga yang tinggi cukuplah sekadar yang dia ( Jaidia ) mampu dan terdaya. Sahlah kini maron ini bertukar tangan pemilik baru apabila kad kereta ini pada masa yang sama Etuza serahkan pada pembeli. Maron yang cantik, jadilah kaki kepada tuan mu yang baru, dan segala kenangan bersama mu tidak akan kami lupakan.

sedikit kelihatan lusuh maron pada kereta ini, tetapi tetap gah di jalanraya, laju 

Jaidia ni seorang mekanik, sesuai membeli maron ini, agar  dapat diperbaiki mana-mana 
kerosakan yang dijumpai.

 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Lama betul khidmat si maron ya.. Masih segak bergaya..

    BalasPadam
  2. kadang sayang untuk melepaskan...tapi, dari melihat ia tidak digunakan, biarlah ia berkhidmat kepada tuan yang baru

    BalasPadam
  3. semoga si maroon kekal gah dan selamat berkhidmat bersama tuan yang baru.. ^^

    BalasPadam
  4. masih cantik si maroon, banyak betul berjaya dari 2003.

    BalasPadam
  5. Lama betul dia berjasa, masih elok dijaga tuannya. Moga kelak berjasa untuk tuan barunya pula.

    BalasPadam
  6. keta banyak jasa n kenangannya

    BalasPadam
  7. Si maron masih terlihat cantik, Mas.
    Selamat tinggal kenangan bersama maron...

    Salam,

    BalasPadam
  8. kereta sy yg pertama pun sama. Wira Maroon. ditempah apabila sy dpt pindah ke kelantan. Bila sampai kelantan kena tunggu sebulan gak baru dpt. Guna sejak jun 2001 dan dijual pd jun 2011.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.