Asalamualikum & Salam Sejahtera
Hari Raya di sekolah memang wajib diadakan setiap tahun. Setiap tahun juga berubah situasi, berubah suasan dan apa yang pasti ialah aneka sajian di atas meja dibawa oleh teman guru lain.
Laris Jus Tembikai Susu
Etuza terfikir hendak bawa minuman yang menjadi kegemaran Etuza masa Puasa Ramadan. Sering kali meminum jus tembikai susu air tangan anak menantu. Biasa jus ni dahulu kami beli di bazar ramadan dan tidak pernah membuat sendiri. Bila ada menantu nampak lah dia menyediakan minuman JUS TEMBIKAI SUSU untuk keluarga minum masa berbuka puasa. Memang sedap rasanya dan lembut saja masuk ke tekak Etuza. Anak-anak juga berkali - kali mencedok jus minuman ini.
Bahan Jus Tembikai
~ Buah tembikai
~ Susu cair
~ Minuman soda
~ ( Gunakan blander untuk hancurkan buah tembikai)
Semudah ini ya gais
Oleh kerana ada anak menantu, Etuza minta lah dia buat dan sediakan jus tembikai susu dan hantar di sekolah setelah siapkan. Alhmdulillah menantu pun sudi membuatnya setelah duit kos minuman ini Etuza bagi kepada anak Etuza suami kepada menantu.
Diringkaskan cerita, tiba masa jamuan masa hari raya, dijemputlah semua untuk menjamu selera sambil diadakan karoke lagu -lagu raya. Bila Etuza lihat meja minuman yang kumpulan Etuza sediakan, minuman Jus Tembikai Susu sekelip mata habis tinggal kiub ais. Wah lajunya dihabiskan, mungkin kerana rasa minuman ini sangat sedap dan sangat serasi di tekak mereka. Tetapi minuman perasa kacang soya masih banyak dalam bekas. Maka sahlah Jus Minuman Tembikai Susu ni adalah minuman yang sangat sedap hingga LARIS sekelip mata. Alhamdulillah, kita niatkan untuk amal jariah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Anda mungkin ingin meneruskan pembacaan klik SINI'
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.