Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sabindo Resort, Keningau
Gambar family Etuza di Sabindo Resort. Suasana Malam
Cahaya Bergemerlapan
Paparan gambar - gambar ini adalah sorotan beberapa situasi family Etuza ketika berada di Sabindo Resort, Keningau. Satu tempat peranginan yang sangat menarik ketika malam. Lampu lampu berbagai saiz dan beraneka warna bergabung sehingga kelihatan bergemerapan. Di tambah lagi dengan adanya satu sudut di tepi tasik yang luas PANCURAN AIR TERJUN menampakkan keadaan seolah dirasa seperti berada di luar negara. Kawasan luas saujana yang lengkap dengan berbagai alat permainan kanak-kanak dan perahu untuk digunakan di dalam air tasik. Wow!!! benar-benar indah kala malam di Sabindo Resot.
Gambar cucu, happy dia melihat lampu lampu gemerlapan di
Sabindo Resort
Juadah Makanan
Juadah makanan yang dihidangkan, seperti yang dipesan disajikan dengan penuh gaya hiasan pada pinggan mangkuk yang digunakan. Baru melihat rasa selera datang ingin terus menjamahnya. Tetapi kena baca doa dan harus bersama anak-anak semua baru jamah juadah yang ada di atas meja berpusing.
Kami masing-masing memilih juada atau menu yang mampu makan atau yang terdaya mengikut harga makanan. Masa ini tarikh hari lahir anak sulung iaitu 13.06. Bererti hari yang mengembirakan kami semua. Untuk meraikan hari lahir, kami ibubapa sepakat membawa lima orang anak kandung, menantu dan cucu ke Sabindo Resort. Dan bukan selalu bersama anak sulung kerana dia bekerja di Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.
Hadiah Istemewa
Tiada yang istemewa kami ibubapa berikan kepada anak sulung, selain hanya ucapan yang indah iaitu " Selamat Hari Lahir,semoga apa juga urusan dapat dilaksanakan dengan aman serta semoga sihat hendaknya. Semoga juga sentiasa menjaga solat lima waktu "
Gambar di bawah adalah gambar juadah pesanan. Dengan lafaz BISSMILLAH kami menjamu selera hingga pinggan mangkuk licin tanpa ada makanan tersisa. Alhamdulillah kerana semua juadah yang kami pesan habis dimakan. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.
Kehadiran Cucunda
Cucunda kini berusia 6 bulan lebih. Dari awal kami keluar dari rumah cucu kelihatan sangat gembira. Cucu memang suka apabila dibawa keluar ke kawasan rumah. Dia dapat melihat burung berterbangan, anak-anak ayam kampung peliharaan, bunga-bunga yang subur di pasuan dan lain-lain lagi. Berada di Sabindo Resort cucu begitu teruja melihat lampu lampu berwarna warni. Melihat hingga mata tertumpu lama ke air terjun yang lembut jatuh ke tasik yang tenang. Lampu lampu berkelip berbagai saiz juga menarik perhatian cucu Etuza.
Diringkaskan cerita kami semua termasuk cucu merasa berpuas hati kerana kami dilayan dengan baik oleh pelayan dan mendapat sajian juadah makanan yang lazat dan berkhasiat selain mendapat sentuhan rasa gembira melihat persekitaran di Sabindo Resort malam ini. Semoga kesempatan lain kami akan datang lagi di sini. InsyaAllah.
Juadah Pilihan Menantu , Anak Sulung dan
anak ke 3
Juadah Pilihan Nick Irfan
Juadah simple pilihan isteri Etuza dan anak ke 5
Sayur Baby Kailan Tumis pilihan Etuza dan Nasi
Sepinggan
Memang menarik di Sabindo Resort Ketika Malam
3 Ulasan
Wahhh... Cantik ya lampu² di Sabindo Resort tu...
BalasPadamalalla...comel nya cucu tu...seronok lah dia tengok lampu tu
BalasPadamBulat je mata cucunya. comel rasa nak cubit pipi comel dia.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.