Gambar ayam jantan yang baru meningkat remaja, baka baru selepas
Baker ( Ayam jantan indung ) di baham biawak.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Teringin hendak buat penulisan di blog malam ini, tetapi terkedu seketika untuk fikirkan apa hendak dicatat. Sepertinya bakal kekeringan idea jika tak bertindak menyuburkan keyakinan diri dan semangat bahawa pasti ada ilham yang Allah kurniakan. Lalu mengambil smart phone dan melihat gambar yang ada dalam data galary. Nampak gambar ayam kampung peliharaan Etuza yang ku bela sejak November 2023. Terbitlah ilham updatelah blog malam ini . Syukur alhamdulillah.
Ayam Betina Brown Spesis Rajin Bertelur & Telurnya Banyak.
Tidak menyangka sama sekali, ayam peliharaan Etuza dari spesis berbulu brown ( perang ) keemasan ini sangat rajin bertelur dan bertelur banyak hingga mencecah 15 biji atau 13 biji sekali bertelur, ayam betina ni mulai mengeramkan telurnya. Kadang Etuza ambil beberapa biji telur ayam kampung ini untuk di rebus.
Sayang sekali, sejak akhir-akhir ini, kelihatan anak ayam Etuza semakin berkurangan. Ini berlaku kerana ada biawak datang menyelinap ketika kami tidak ada di rumah kerana bekerja. Etuza hampir putus asa bila mendapati termasuk ayam jantan indung yang Etuza gelar baker telah di baham biawak, serta seekor ayam betina yag mempunyai 11 ekor anak comel telah di baham oleh biawak. Anak-anak ayam hingga malam bersahutan berbunyi memanggil indung nya tetapi tak akan kembali lagi.
Ayam betina berbulu brown ( perang) ini juga menghasilkan baka anak ayam yang berbagai warna. Seperti berbulu kuning, putih, berbulu perang beralur hitam, berbulu kelabu atau grey serta berbulu hitam. Apabila anak ayam itu membesar bulu semakin matang. Keistemewaan lain ayam betina brown ini ialah ayam jenis ini jinak dan mudah naik ke dalam reban sebaik menjelang maghrib.
Ayam jantan yang baru membesar menggantikan tempat Baker ( Jantan Indung)
telah di baham biawak
Ayam betina brown ( bulu perang ) rajin bertelur dan banyak
Telur yang telah menetas bulu anak ayam beraneka warna, seronok tengok
jinak sekali ayam betina brown, dan gigih menjaga anak-anaknya tau
7 Ulasan
bestnya dpt kutip hasil telur fresh!
BalasPadamComel-comel anak-anak ayamnya. Rezeki sungguh sekali bertelur dapat 13-15 biji telur. Biawak ni memang ancaman besar pada haiwan peliharaan macam ayam dan itik. Ingat sekali di kampung jenuh la katok biawak yang makan ayam mak long dengan cangkul. Liat betul nyawanya
BalasPadambahaya juga ada biawak datang menyerang, dia dah tau ada ayam...cantiknya baka ayam cikgu etuza.....brown dan ayam jantan. suka tengok anak-anaknya, warna bulunya cantik
BalasPadamAlaaa....sayanglah pulak ayam jantan dimakan biawak. Banyak bekalan telur ayam tu.
BalasPadamMmg tips paling senang nak update blog, scroll gambar di galeri henfon sendiri, ada gambar adalah idea, ada story dan terhasillah 1 content... hehehe... best la dpt jadi supplier telor ayam fresh
BalasPadamComelnya anak² ayam tu. Alhamdulillah! Banyak rezeki yg Allah swt kurniakan.
BalasPadamBanyak sekali bertelur dapat setengah sarang. Untung juga kalau jual telur tu.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.