Blog Masih Disukai Ramai Blogger

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masih ada pembaca maya, klik pada blog kegemaran

Tidak Semua Sependapat, Ada Tafsiran Masing-Masing

Sejujurnya cetusan pendapat ini adalah dari kata hatiku, bukan bermakna semua sependapat denganku, kerana setiap orang ada tafsirannya sendiri. Kita harus hargai pendapat orang khasnya lontaran pendapat para blogger di mana juga berada. Etuza sudah mulai agak kerap membaca catatan pada blog kawan-kawan, dan Etuza rasa ada ilmu baru terbit dikalbu apabila membaca di wall blog mereka.

 Sepertinya ada MOOD untuk kekal di blog dan berblog.Syukur alhamdulillah.

Ada berbagai catatan , cerita dan.... ya, memang rasa tertarik juga dengan apa yang mereka tulis di blog, walaupun catatan mereka berkisar pada pengalaman, pelancongan dan hal-hal blog wajarkah kini atau tetang ledakan kemajuan teknlogi kini yang agak robotik apabila melalui seperti GPT dapat segala jawapan pada persoalan ramai orang. Klik juga link ini

Justru itu, ada persoalan BERBLOG kini agak ketinggalan jauh dari segi jumlah penggemar, yang menyukai dan mencintai blog kegemaran.Pada Etuza BLOG punya ramai penggemar tersendiri, terutama yang menyukai blog seperti Etuza, mereka masih ada dipersada maya hingga kini yang Etuza kenali, sedangkan Etuza pernah hilang dari radar maya hingga berbulan lamanya. Masih ada teman blogger saling berkomentar memberi sokongan sesama blogger, walaupun hakikat ada blogger yang kini Etuza lihat bertahun-tahun tidak ke udara. Apakan daya mungkin kesibukan realiti hidup mencabar mereka ke dunia blog mereka sendiri.

Seperti buku bacaan, kadang kala ada yang datang meminjam 
dan membaca buku, walau kita ada gajet dan smart phone.

Sempatkan Bertegur Sapa, Tekanlah Punat Maniskan Jejarimu.

Etuza berpesan kepada semua blogger sekiranya boleh dan tidak keberatan dan punya kesempatan, tegurlah blogger lain berdasarkan entry mereka. Yakni mencatat komen yang positif tanda sokongan dan menjatuhkan komen dalam ruang kotak komentar, bagi Etuza memberikan adalah sesuatu budaya di blog yang MENCERIAKAN BLOG ANDA SENDIRI. Dengan adanya komen walau tidak banyak membuatkan blog itu bernafas ada nilai tersendiri.

Pada Etuza secara ikhlas mengatakan bahawa apabila ada komen dari rakan blogger, akan menjadikan Etuza BAHAGIA, GEMBIRA, SUKA dan merasa dihargai. Oleh itu jika berkesempatan, sempatkan dan ajar jejari kita untuk lebih manis seikhlas hati untuk mendatangi blog atau blogger yang memberikan komen. Mesti ada juga rakan blogger akan mencatat komen, dan tidak dinafikan ada yang tidak balas kunjungan kita ke blog dia. 

Itu hak dia kita tidak perlu tidak berpuas hati kepada rakan blogger itu. Jadilah blogger yang digelar mesra maya jika kita mampu. Namun tiada paksaan.

Usahakan Blog Lebih Berinformasi, Menarik dan Seiring Dengan Kemajuan Masa Kini dan Akan Datang.

Saranan Etuza ialah, marilah kita sedaya upaya kita untuk menulis informasi di blog dengan lebih menarik dan menepati citarasa semua pembaca maya. Mungkin kita sekadar berblog untuk suka-suka, tetapi tidak ada salahnya jika sesekali bina entry yang lebih bernas. Bak kat orang kita asah kembali otak kita agar berfungsi untuk memberi idea dan infor yang diperlukan oleh golongan pelajar sekolah mahupun pelajar Universiti mahupun individu di mana juga berada.

Cari lah idea yang mampu menaikkan blog kita kepada blog lebih ilimiah atau blog menjadi rujukan ramai. Dengan cara ini blog tidak akan ketinggalan ke belakang walau pun memang zaman ini ramai yang menggunakan flatform sosial yang lebih maju, cepat, tangkas dan advance dari segi memberi maklumat untuk di copy dan dicatat oleh pembaca. Sedangkan catatan di blog kita perlu dahulu dibaca. Semoga sedikit menjawab persoalan, wajarkan blog digunakan pada masa kini dan akan datang. 

Mohon maaf andai ada kata-kata tidak disenangi. Tujuan Etuza adalah baik untuk semua.Harap menerima dengan hati terbuka. Mungkin anda juga blogger yang suka membuat catatan tentang hala tuju blog masa kini dan akan datang, silakan.

Sebelum klik punat off, Etuza mahu ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar guru, di mana pada tahun 2025 telah diraikan HARI GURU pada 16.05 baru-baru ini. Jadi guru kena pandai elak tekanan dan kena ikhlaskan situasi kanak-kanak atau murid di sekolah. Salam sayang dari Etuza. Jumpa lagi di artikal lain.

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Sis masih lagi aktif menulis walau tak rajin macam dulu Etuza.. ada mood sebab hobi menulis dan berkongsi.. sambil menjana pendapatan. Keep blogging okkayy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.kiranya kata2 semangat untu berblog

      Padam
  2. insya-Allah...masih ada yang membaca dan mengetuk di ruangan komen....

    BalasPadam
  3. wow satu nukilan dari cikgu yang sungguh mengagumkan saya. Apa pun satu teguran yang ikhlas buat semua blogger. Insya Allah saya akan cuba memperbaiki lagi nukilan saya walaupun ianya sekadar buat kenangan dan juga macam diary kehidupan walaupun tidak sepenuhnya.

    BalasPadam
  4. Saya suka cari resepi dalam blog, sebab tu saya pun masih suka berkongsi resepi dalam blog saya. Tempat untuk bercerita, berkenalan dengan kawan-kawan di alam maya.

    BalasPadam
  5. tulisan blogger ada peminatnya tersendiri trafik pun naik turun

    BalasPadam
  6. Marilah kita saling menyokong antara satu sama lain. Kadang simple komen pun dah terasa besar hati empunya blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah ..niat ukuhuwa terjalin sesama blogger

      Padam
  7. sy pastikan menulis 3 entri seminggu supaya kekal relevan dlm dunia blogging ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak follow cara ini ..kiranya tips juga untuk buatbentry blog

      Padam
  8. akak suka baca semua entry kawan-kawan, sebab dari pengalaman yang berbeza disamping dapat maklumat yg baru. semoga berkekalan ikatan persahabatan buat semua rakan bloggers...hanya jauhari yang kenal manikamnya.....bila kita berada didunia blog....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih memberikan kata-kata semangat sesama blogger ya

      Padam
  9. Menulis di blog dan saling berkunjung antar blog membuat saya senang dan bahagia, Mas.
    Jadi apapun yang dikatakan tentang popularitas blog saat ini, tetap saya akan ngeblog.

    Selamat Hari Guru, Mas.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger yang baik..kita teruskan berblog ya, terima kasih memberi semangat bersama

      Padam
  10. Setakat ni masih blogwalking di blog rakan2 yg lain. Cuma tak rajin nak tulis entry baru setiap hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Difahami..pasti ada idea juga akan muncul..lalu entry akan terbit..

      Padam
  11. Aktif ja berblog cuma kadang tu tak sempat nak singgah blog rakan-rakan..
    TQ sebab singgah blog Sha..

    BalasPadam
  12. Agak kurang berblogwalking jika sibuk dengan dunia sebenar...namun masih berusaha berkongsi apa yang ada sebagai konten di alam maya

    BalasPadam
  13. blog ada sentimental value bg sy, blog sy lebih kpd catatan peribadi, tapi betul lah kekadang buat jugak entri yg boleh kita aim org utk search di google

    kalau busy mmg x sempat nak blogwalking tp sedaya-upaya cuba jugak untuk update blog sekerap mungkin, mmg ya ada yg x sempat kunjung balas, ada yg cuma baca saja tp x komen apa pun ada... apapun terima kasih kpd yg selalu singgah dan komen di kakmim.com

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.