Best Friend Waktu Malam

Best Friend Waktu Malam
Restoran Best Friend, Keningau  Kala Malam Ada Seri Tersendiri

Best Friend Waktu Malam
Siap bagi ucapan salam dengan kerlipan cahaya lampu yang agak jingga  atau oren sudah terlihat ada godaan yang luar biasa untuk singgah makan di Best Friend. Jika hendak makan dalam suasana yang indah dengan lampu begitu terang benderang, datang lah di sini.Pasti dilayan dengan baik oleh pelayan yang sudah diberi tahu perlunya adab sopan santun kepada pelanggan dengan tak mengira siapa.

Masuk dalam permis makan ini, kita akan terpesona dengan lantai bersih putih bersinar, aura pencahayaan yang sangat indah dan terang. Selesa dengan keluasan yang cukup di atur kedudukan meja dan kerusi pada jarak tidak bergesel dengan yang lain.  Gambar menu hidangan yang ada di Best Friend di hias di dinding mencantikkan lagi suasana dalam ruang utama restoran ini. Tidak hairan jika ramai pengunjung singgah makan di Best Friend kala malam, termasuk Etuza dan mama malam ini.


Nama restoran memang viral pun tempat ini, tempat Etuza dan akan singgah minum pada zaman kanak-kanak. Tetapi berubah wajah sekali lagi sebagaimana kelihatan dalam gambar.

Kelebihan Singgah Makan Kala Malam.

Menurutku, kala malam datang makan di mana-mana restoran, ada kebaikan tersendiri yang Etuza nampak. Kita mendapat rasa nikmat melihat lampu yang berkelip memancarkan seri, kurang habuk kerana jalan raya kurang kenderaan melalui permis tempat makan, udara segar apabila ada angin malam bertiup lembut dan paling rasional ialah cuaca tidak panas terik seperti di siang hari. Tidak terburu-buru hendak habiskan juadah kerana waktu malam kita kurang urusan. 

Selain itu boleh bersama anak-anak kerana anak tidak gunakan masa bekerja di waktu malam. Inilah beberapa kelebihan makan di permis makan pada waktu malam. Mungkin agak sesuai pada tempat yang berdekatan berbanding yang tempat tinggalnya jauh.Jumpa lagi pada artikal menyusul. Sila Klik SINI. Resort yang indah.

Pandangan ruang depan , dekat kaunter dan gambar juadah yang ada di Best Friend, di gambar

Boleh steamboat buffet di sini..boleh pilih ikan kegemaran..kena lah timbang dulu

wow! menarik gambar menu yang menjadi pilihan pelanggan

Boleh nampak kedudukan meja kerusi tidak rapat, seperti di kedai makan lain padat dengan meja kerusi bergeser

Ada ruang solat disediakan...bolehlah solat dulu..supaya tak Qada ( bayar /ganti  solat) 

Menu kami malam ini, just NASI AYAM..

Kenangan , singgah makan malam di Best Friend, Keningau 

Sangat berbudi bahasa  Best Friend. Baca lah sendiri berbicara di atas.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kalau kawan tak berapa best boleh makan sini? Hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha terus best friend kembali kan wak..adoi..senyum membaca ni

      Padam
  2. Nama kedainya unik 😘😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. bersinar sinar kala malam , sangat ceria..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.