Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Khamis, 10.07.2025, dalam masa 8.52 minit malam ini, bermula akan keluar artikal dari Blog Pesona Etuza. Artikal yang lahir dari hati dan bukan atas dasar terdesak membuat entry blog. Melainkan atas kehendak hati, kemahuan sendiri. Lantas artikal ini bukan diciplak ditiru dari laman lain.
Baca lah Sayangku
Siapakah Yang Silap dan Salah?
Ibubapa ketidaan masa bersama anak untuk memberikan bimbingan apabila kesibukan kerja di kebun dari pagi kepetang hari
Kanak-kanak didapati terlalu leka bermain dan tidak berkemahuan untuk menguasai kemahiran 3M yang disyorkan oleh pihak sekolah. Ini kami dapati apabila terjadi MODUL yang diberikan hilang dan tidak dapat dikesan hingga masa dan tempoh diberi telah sampai.Penilaian sepatutnya semakin mudah apabila MODUL tersebut diguna pakai sepenuhnya oleh kanak-kanak Pemulihan ini
Murid Pemulihan sering tidak hadir ke sekolah menyebabkan pihak sekolah sukar memberi bimbingan berfokus kepada murid ini.
Kepada yang membaca paparan ini, sama ada ibubapa di mana juga berada, kepada insan yang bergelar guru, kepada sesiapa juga individu masayarakat Malaysia, tepuk dada tanya selera apabila membaca paparan di Blog Pesona Etuza ini. Kita harus berfikiran positif dan berfikir ke hadapan di mana jangan menyalahkan sesiapa dalam hal kanak-kanak berusia 7 tahun dan 8 tahun masih gagal menguasai 3M di sekolah. Tetapi menerusakan usaha sama bersama ibubapa menggembling masalah kanak-kanak gagal menguasi 3M ini.
Etuza hendak beritahu bahawa kami barisan guru sedaya upaya berusaha membantu mengajar kanak-kanak di sekolah walau dalam masa yang singkat bersama mereka. Kanak-kanak ini sampai menguasi 3M merupakan kejayaan yanag SANGAT BERMAKNA bagi kami barisan guru di hadapan.
3 Ulasan
Alhamdulillah anak2 Cie sebelum masuk darjah 1 dah pandai baca. Beli buku ajar sendiri anak baca. Anak pertama cepat membaca. Anak kedua lambat sikit tapi sebelum masuk darjah 1 dah pandai baca
BalasPadamKami gembira menerima kanak-kanak seawal umur tahun udah pandai membaca kuasai 3M..murid yang pandai membaca akan dididik kaedah lain dan cara lain yang mencabar lagi kebolehan anak itu, maka sangat bagus dah pandai baca,,tahniah ya
PadamKanak-kanak sekarang mata pelajaran semakin mencabar jika dari awal tidak menguasai 3M
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.