Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Tersenyum itulah teman yang jarang ketemu bersama 4 orang anaknya. Bertugas
di SK Kampung Keningau
Bertemu lagi di petang hari ini. Semoga semua pembaca maya yang sempat singgah di laman blog Etuza ini sihat walafiat hendaknya.
Hari ini bersamaan Sabtu tarikh 28.06.2025 bawa isteri dan anak ketiga bersiaran di Bandar Keningau. Rasa hendak manjakan diri makan tengahari di luar dan pasti hendak memilih restoran yang bersih dan boleh memberi ketenangan selain juadah dirasa dengan selera yang membahagiakan.
Ini lah kehidupan, kadang kita bertemu teman di tempat makan yang sama, namun tidak mustahil kejadian situasi berjumpa dengan teman yang selalunya jarang kita jumpa. Situasi bersua dengan insan yang cukup dikenali,apatah lagi insan ini dalam kerjaya sama iaitu seorang cikgu. Memang gembira jumpa dia dan empat anaknya. Insan dimaksudkan terjumpa di Daily Coffee Keningau restoran baru yang unik bersih dan menarik di Keningau.
Berlakulah perbualan ringkas bertanyakan khabar, dan tempat bertugas sebagai guru di Daerah Keningau. Bertanya anak kembarnya kini di mana.Rupanya anak kembar dia lelaki dan satu lagi perempuan berada di depan mata Etuza. Rupanya sudah remaja cantik dan tampan selain fizikal yang tinggi.Tersenyum manis semanis senyuman ibunya yang bernama Cikgu Rosani dari Kampung Meninipir,Keningau Sabah.
Semoga pertemuan ini, terjalin ukuhuwa walaupun hanya seketika. Bertegur sapa itu baik,dan seharusnya berlaku sebagai insan sesama Muslim atau juga kepada yang tidak seagama,agar keharmonian bermasyarakat terjalin indah.
Selamat menikmati juadah di Daily Coffee kepada keluarga Cikgu Rosani.
Depan lelaki bertopi itu, makanan yang siap dihantar menggunakan lif.
Pintu seperti jendela itu berbunyi sebaik juadah pelanggan sampai
di tingkat 2.
Juadah makan tengahari family Etuza. Cukup berselera
makan juadah yang di pesan oleh anak Etuza
Mengabadikan gambar di tingkat atas, berdinding kaca
di Daily Coffee Keningau.
Abadikan kenangan di Daily Coffee Keningau
Gambar Etuza di Restoran Daily Coffee. Ada rezeki harap
dapat lagi ke sini mencuba menu yang lain.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.