Keningau Kini Berdaya Maju.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

       Hentian Bas Laluan  Pantai Barat,Sabah.

Keningau kini semakin maju apabila banyak kemudahan awan yang disediakan oleh Majlis Daerah Keningau,Ngo mahupun sumber kemudahan dari peruntukan parti serta Kerajaan yang disalurkan oleh pemimpin di Daerah Keningau. Apapun peranan yang sangat penting memajukan Keningau adalah Majlis Daerah Keningau sendiri.

Terbaru di hadapan Pejabat Pos yang dahulunya ruang parking kini bahagian tengah dataran ini tersergam indah dan cantik kemudahan pihak awam iaitu HENTIAN BAS LALUAN PANTAI BARAT,SABAH. Pastinya ramai menarik nafas lega apabila kemudahan hentian ini di lengkapi tempat berehat dan duduk menunggu bas yang akan bergerak ke Kota Kinabalu serta tempat ini  berdekatan dengan Pasar Malam  Keningau.

Kepada semua penguna ruang tempat yang menarik ini di Hentian Bas Laluan Pantai Barat,ayuh jagai kebersihan,tolong tidak membuang sampah dan mengotori kawasan kemudahan ini. Jadilah pengguna yang berhemah dan tidak merosakkan apa=apa kemudahan di tempat ini, agar terjaga kebersihan dan keindahan tempat ini. Kita warga Keningau pasti boleh bekerjasama,sebagai tanda menghargai tempat yang menarik di Keningau ini. 

Etuza.
Gambar beberapa Bas yang akan bergerak ke Kota Kinabalu, 
Tawau  atau ke Sandakan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tahun 2019 saya pernah naik bas dari Tenom ke KK. Bas tersebut singgah di Keningau untuk turun/ambil penumpang. Saya tak ingat bagaimana rupa hentian bas ketika itu, sebab cuma duduk dalam bas memandang luar.

    Alhamdulillah dah ada hentian bas yang lengkap selesa. Pastinya ia memberi manfaat besar buat warga Keningau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah,rupanya pernah ya ke Keningau, Hentian ni baru tahun ni 2025 ya

      Padam
  2. Alhamdulillah... Ada kemudahan baru yang disediakan... Semoga memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena guna dengan baik bukan rosakkan kan..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.