Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Bertemu kembali dalam laman maya melalui flatform blogspot.com. Apa khabar semua teman pembaca mayaku.Semoga sihat semua.Kepada yang kurang sihat bertindaklah pergi ke klinik atau hospital mendapatkan rawatan,.

Kali ini paparan tentang sejenis pokok bunga berdaun hijau dan berbunga bentuk bulat merah berkelopak merah dan akan membentuk bulat keras apabila bunganya menjadi matang. Etuza lupa merakam gambar bunga untuk kita lihat bersama. Nama bunga ini menerusi blog Kebun Kita ialah SPESIS BUNGA GREEN MOUNTAIN.  Cantik juga bunga pokok bunga ini.

Pokok bunga jenis daun hijau lebar ini kenapa?.Pokok bunga ini sebenarnya amat berguna dan menjadi makanan kegemaran ayam penelur dan juga ayam kampung yang dipelihara. Etuza telah mengkajinya sendiri daun pokok hijau agak tebal ini sangat disukai oleh ayam penelur peliharaan Etuza yang hanya ada 14 ekor sahaja. Setiap dua hari pada awal pagi Etuza memetik pucuk muda dan memberikan ayam penelur, wah ayam-ayam peliharaan Etuza sangat menyukainya.

Ayam sebenarnya jenis haiwan omnivar yang memakan rumput dan cacing serta serangga lain seperti lalat, lipas dan cacing. Pada pendapat Etuza apabila ayam ini memakan daun-daun hijau ini, ayam akan menjadi lebih sihat dan bertenaga, dimana daun-daun hijau ini akan meningkatkan keimunan badan  ( daya tahan melawan penyakit ) kepada ayam tersebut. Bermakna pokok bunga berdaun hijau ini amat bermanfaat diberikan kepada ayam yang kita pelihara. Pasti anda biasa melihat pokok bunga berdaun hijau dan licin ini. Marilah kita tanam untuk kita beri ayam makan dan mungkin akan menjimatkan jagung halus makanan ayam anda. Untuk infor lebih jelas bolehlah melihat gambar dan vedio ringkas yang Etuza selitkan dalam blog ini. Selamat mencuba, jumpa lagi dalam cerita lain. Salam kasih mesra dari addmin blog.

Nama saintifik pokok bunga ini ialah :
spiral ginger 'Green Mountain'
   INFOR SPESIS BUNGA GREEN MOUNTAIN
 Klik sini
Pokok Bunga daun hijau, telah dipetik pucuk untuk diberi 
makan kepada ayam penelur.

Pokok Bunga Berdaun Hijau Lebar dan kelihatan licin pada 
permukaan daun ini.

Pucuk pokok bunga yang muda menjadi makanan kegemaran ayam penelur

Ayam penelur mengeremuni pucuk daun hijau dan memakannya hingga 
habis.Ternaya daun hijau ini amat disukai oleh ayam penelur dan ayam lain.

vedio ayam penelur memakan daun
pokok Green Mountain.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kepada pembaca dan blogger mohon maaf jika ada kesalahan ejaan ya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.