Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan.

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertemu kembali dihening pagi di bawah bayu dari Negeri Sabah. Blogger pinggiran yang kadangkala lesap di radar maya. Senang kali ini melihat gambar seolah terpanggil mentarikan jejari di buttan laptop tentang mereka dalam gambar. Nampak menarik dan terhasilah bacaan tatapan anda semua.

Pentas Indah Menarik semasa majlis Hari Guru, Tadau Kaamatan dan Hari Gawai

Murid ini merupakan peserta dalam persembahan Bicara Buku, iaitu Nur Alesya Mia Zara, Khaisah dan Nur Athirah semuanya murid perempuan. Persembahan yang sangat menarik dimana mereka bertiga berpadu bersama menyampaikan maklumat dan cerita tentang sebuah buku. Watak utama dalam persembahan ini ialah Nur Athirah murid tahun 5 Cerdik, persembahan ini berjaya dan menarik perhatian semua penonton hasil kretiviti dan kesungguhan Nur Athirah  sebagai watak utama serta diikuti oleh Nur Mia Zara dan Khaisah.

Nur Mia Zara murid tahun 6 yang tampil berani dalam persembahan ini.

Hasil tujukajar dan arahan guru pusat sumber, maka persembahan ini berjaya  menyerikan majlis Hari Guru peringkat sekolah tahun 2025 di sekolah Etuza. Semoga semangat seperti ini dapat diteruskan. Adanya aktiviti membaca dalam program NILAM di sekolah maka aktiviti Bicara Buku menjadi satu aktiviti yang menarik sekali. Diharapkan murid bertiga ini dapat menggilap bakat yang lebih mantap di masa akan datang, Syabas dan tahniah kepada mereka ini.

Gambar persembahan Bicara Buku

Nur Athirah, Khaisah dan Nur Mia Zara di pentas

Aksi Persembahan Bicara Bulu pada Majlis Hari Guru 

Antara gambar guru-guru berpakaian sekolah semasa Majlis Hari Guru 2025

Mendapat hadiah selepas persembahan Bicara Buku

Sesi latihan persembahan Bicara Buku oleh Nur Athirah

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.