Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Tangkap muat gambar tak disedari..aduhai...

Asalamualaikum & salam sejahtera semua. 

Tahun ini semua anak-anak cadangkan pakaian hari raya bertema hitam. Kita ibubapa hanya menurut sahaja, Anak belikan baju warna hitam di hari raya, terserah anak  beli apa yang penting saiz badan sesuai. Cuma selalu Etuza pesan belikan baju jenis KURTA saja. Etuza minta belikan baju jenis kurta, kerana akan selalu memakai baju tersebut masa solat dan ke majlis. Bermakna baju itu dapat kita manfaatkan.

Maka diringkaskan hujah ini, semualah kami memakai baju hari raya warna kain hitam. Wah! cantik juga dan aura hitam menyerlah. Apapun tak lah setanding aura warna putih. Putih terang dan nampak begitu suci. Alhamdulillah kiranya rasa gembira memakai baju hari raya bertema hitam. Kepada anak-anak terima kasih belikan baju kami tahun 2024. Save kos kata orang anak sudi belikan baju cukup bahagia kami.
Tangkap muat..gambar tidak disedari..candid kata orang

Teringat situasi awal pagi sebelum ke   ke tempat kerja,yang masa itu 2/5/2024 adalah majlis hari raya sekolah. Kami sepakat pakai baju tema hitam. Dalam gambar boleh lihat. Tetapi masa anak ambil gambar kami, tak sedarlah diambil gambar ini. Saya bergurau dengan isteri di sebelah. Isteri buat-buat style juga bermain dengan saya. Anak tak lepaskan peluang pula candid ibubapanya. Belum lagi lah... sekali keluar gambar banyakknya gambar tak ready. Aduhai..menarik juga tetapi tak apa hanya dua gambar ja kita keudarakan. 

Kami orang biasa saja. Abaikan jika ada yang tak elok pada gambar kami ya. Selamat hari raya MAAF ZAHIR BATIN. SALAM SAYANG DARI KAMI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI.

Di Restoran Secret Recipe di Keningau.
Minuman sihat ...segarkan badan kala cuaca panas





 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Hitam tu ad pesona sendiri...
    Tapi, kalau di pakai hari panas.. Boleh terbakar jadinya..

    BalasPadam
  2. Cikgu dan Mama ibarat pasangan merpati dua sejoli, mama tetap awet muda gitew..

    Kacak dan anggun

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.