Tazkirah Daripada Group WhatsApp Pagi Subuh Selasa
#tazkirah | Buat Kesilapan, Segera Beristighfar
1. Salah satu daripada sifat orang yang bertakwa ialah mereka itu segera beristighfar setelah melakukan kesilapan. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah yang menyebutkan:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…” (Surah Ali Imran: ayat 135)
2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi memetik kata-kata al-Imam Fakhruzrazi yang menyebutkan bahawa, Allah membahagi sifat orang bertakwa kepada kategori.
3. (Iaitu) Yang pertama adalah yang konsisten melakukan kebaikan (dengan berinfaq dan amal kebaikan). Manakala yang kedua pula adalah mereka mudah tersedar apabila melakukan kesalahan dan segera kembali kepada Allah. Ini menunjukkan bahawa orang yang bertakwa itu juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
4. Manakala al-Imam Ibn Kathir pula (ketika menafsirkan ayat ini) menukilkan beberapa amalan mudah yang berupaya menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang. Anataranya seperti hadis:
مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berwudu’ dengan cara wudu’ku ini, kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat dan tidak berbicara diantara keduanya (tidak membicara selain memikirkan urusannya dengan Allah), maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
5. Menariknya juga dalam ayat ini, Allah seakan-akan menjelaskan kepada kita bahawa bahawa orang-orang yang bertakwa itu sebenarnya masih terdedah untuk melakukan dosa.
6. Ini bererti, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan sekalipun orang yang bertakwa. Namun, Allah memahami sifat manusia dan membuka banyak ruang dan pintu agar manusia kembali kepada Allah walaupun dengan amalan yang mudah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
#AmanPalestin
#BangkitBerjuangBersama
#TazkirahPeringatanKitaBersama
17 Ulasan
wsalam istighfar selalu
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian dan ingatan cikgu
BalasPadamterima kasih atas peringatan
BalasPadamtazkirah yang sangat bagus dan ia amat bermanfaat.
BalasPadammasa terbaik untuk beristighfar sebelum Subuh
Alhamdulillah, perkongsian yang bagus. Kita sebagai manusia memang tak sempurna. Semoga kita cepat tersedar andai ada melakukan kesilapan, beristighfar dan memohon keampunan daripada Nya.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ni :)
BalasPadamSubhanallah wabihamdihi...
BalasPadamThanks sharing
BalasPadamterima kasih atas peringatan
BalasPadamTerima kasih telah mengingatkan sahabatku Etuza. Selamat sore dari pulau seberang.
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamPerkongsian bermanfaat untuk panduan kita
Tk
Terima kasih cikgu atas perkongsian..betul,kita manusia tak akan lepas daripada buat kesilapan.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian cikgu
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ini cikgu.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian cikgu
BalasPadamterima kasih sudah mengingatkan Kak
BalasPadamsalam
Merkur 37C Slant Bar Safety Razor, Chrome - Xn - OC 80
BalasPadamThe 메리트 카지노 주소 Merkur 37C Slant Bar Safety Razor is the finest quality razor. The Merkur 37C is a safety razor in the wet bar, a chrome finished piece,
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.