Kembali Ke Ramatullah ~ Al Fatihah

 Kembali Ke Ramatullah ~ Al Fatihah
Salam kepada semua rumpun Malaysia yang dihormati. Apatah lagi kepada rakan blogger yang sering klik laman web Etuza Warna-Warna Kehidupan ini. Terima kasih banyak-banyak kesempatan melewati dan membaca di blog ini.
2/11/2021 bersamaan hari Selasa, ketika ini Etuza berada di Kota Kinabalu, menyambut kepulangan anak dan menantu dari Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang sampai di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. Jemput anak dan balik ke rumah anak di Tuaran, Sabah.

Dalam masa sama Etuza mendapat khabar dari WhatsApp berita kematian seorang teman guru yang amat biasa dengan Etuza. Sempat membaca kan Yassin kepada arwah semasa berada di rumah anak di Tuaran, Sabah.

Etuza anggap arwah seperti abang dan keluarga sendiri apabila sering ke rumahnya bersama ayah Etuza. Terakhir datang di rumahnya ialah pada bulan Julai 2020 di Kampung Bayangan Keningau. Tidak sangka arwah ini pergi tanpa Etuza ketahui keadaannya sebelum pergi buat selamaya. Kepada Allah Etuza pohonkan "Ampuni arwah ya Allah, dan tempatkan arwah di sisi orang yang beriman di alam barzak"

Kepada rakan blogger juga pembaca  yang Etuza kasihi, mari hadiahkan Al Fatihah kepada arwah Mohd Mahmud Bin Saion. Hari ini telah dikebumikan. Kami yang masih hidup ini, mohon rahmati dan ampunkan dosa kami ya Allah. Aamiin.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عنه

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
    امين

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang beriman, dan doa kita semua diperkenankan ya Uszatz azmer

      Padam
  2. Innalillah. Alfatihah untuk arwah Mohd Mahmud Bin Saion.

    BalasPadam
  3. Innalillah semoga syurga buat beliau

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.