Asah Bakat Penulisan Berblog
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam hormat kepada semua teman blogger Malaysia dan juga pembaca blog ini. Sangat hargai kehadiran anda di blog ini. Tanpa kehadiran anda untuk membaca melihat blog ini, blog ini tiada apa-apa makna.
Merenung ke luar jendela, hendak mencari
ilham untuk blog kesayangan ini.
Berblog sebenarnya amat menyeronokkkan, amat memberikan anda satu rasa kepuasan, memberikan kita rasa lega apabila kita berjaya menyampaikan satu persembahan di alam maya, setanding dengan blogger terkenal yang berjuta di Malaysia.
Pada Etuza berblog merupakan hobi yang boleh mengisi masa lapang dan tempat mendapat ramai kawan dalam blog tanpa mengira jauh dan dekat. Perbezaan yang jelas antara blogger ialah KESUNGGUHAN , MINAT DAN KESEMPATAN DARI SEGI MASA MENGURUS BLOG.
Pada hal, berblog mampu menjadi satu tempat untuk kita mengasah bakat dan kebijaksanaan kita. Blog mampu menjadikan kita menjadi seorang yang kreatif dan inovatif menerusi cara kita menulis sesuatu sebagai persembahan di blog.
Sayang jika blogger bertindak terus menjadikan blog sepi sepanjang masa. Tetapi andai seseorang blogger itu menyepikan diri dari berblog merupakan tindakan terbaik baginya maka kita semua harus hormati keputusannya.
Blog boleh kita khususkan untuk satu genre penulisan atau kita pelbagaikan agar kita mampu meluaskan karya kita. Akan tetapi untuk terus bertahan berblog, dan sentiasa segar dan menapak no satu di carian Google Search adalah sesuatu yang mustahil. Kerana akan berlaku kita ketipisan idea lalu blog perlahan akan menyepi. Pasti akan muncul blog baru yang ceria dan segar menceriakan suasana masyarakat pembaca. Lebih berharga jika jutaan pembaca memanfaatkan ilmu di blog kita.
Asahlah bakat anda bakat kita semua di dalam penulisan di blog. Lakukan persembahan di blog dengan penulisan secara kreatif dan inovatif.. Bagaimana hendak tuliskan sesuatu secara kreatif dan inovatif di blog. Tulislah persembahan seperti :-
1. Pengalaman kehidupan anda yang meliputi pelancongan hidup anda.Sampaikan dengan penuh rasa ikhlas.
2. Tulislah tentang hobi anda yang mampu menjadikan hobi anda satu inspirasi kepada orang lain.
3. Persembhankan tentang motivasi, nasihat untuk penduan kepada ramai orang. Pasti boleh.
4. Kongsikan sesuatu seperti cogan kata, sumber motivasi yang menjadikan anda hidup lebih baik terhasil dari memegang kata kunci yang amat menjadi keramat kepada anda.
5. Kongsikan tentang keindahan alam, panorama alam yang sungguh indah ini. Letak gambar yang menarik agar ramai pembaca merasakan keindahan alam ciptaan Allah ini sangat luar biasa.
6. Jika ada keberanian cuba blogger baru atau lama kongsikan cerita tetang sesorang yang ada jadikan idola atau sesorang yang istemewa dalam hidup anda.
Pada Etuza 6 tema di atas mampu menjadikan kita dapat mengasah bakat penulisan seseorang blogger, selain mampu menjadikan blogger menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam penulisan di blog. Selamat mencuba.
27 Ulasan
HAPPY BLOGGING CIKGU
BalasPadamTerima kasih banyak2 suport ya
Padamoyen tengah cari idea ke tengok burung kat luar tu...
BalasPadamDana punya konsep berblog adalah bebas, tapi blog dana banyak tentang cerita seharian, pasal tanaman tepi rumah, bunga ,kucing, resepi masakan dan tentunya si buah hati nan seorang tu.
Tahniah..pelbagaikan blog lebih menarik
Padamsgt setuju. byk kebaikan dr berblog ni selain dr berkongsi pengalaman di alam maya, kita dpt kawan baru..mcm saya pun..ramai kawan2. ada yg dah bersua muka & still jadi kawan sampai sekarang & ada juga x pernah bersua but we are closed. alhamdulillah.. selain dr tu, kita berkongsi pengetahuan kita moga dpt membantu kawan2 yg lain..
BalasPadamBlog penuhi citarasa kita..alhamdulillah
PadamMemang banyak kelebihan yang saya dapat masuk dunia blog ni.
BalasPadamBanyak pengalaman dabn menjadikan kita kreatif berfikir juga
PadamYa betul tu cikgu
PadamBlogging adalah hobi yang bagus tapi itulah bukan kekeringan idea tapi motivasi yang kurang. Kena ada mood baru boleh hasilkan entry menarik
BalasPadamHehehe..teruskan berblog ya Sal
Padamsaya masih belajar menulis blog dan proses belajar tidak pernah berhenti.
BalasPadamsaya bersyukur sangat tuan sudi berkunjung ke blog saya yang entah apa-apa atau istilahnya marca marba.
Alhamdulillah, teruskan berkarya, menulis dan memberikan motivasi..
PadamBlogging ni memang menyeronokkan..salah satunya dapat kenalan baru.
BalasPadamIbarat macam penpal tetapi melalui blogging.
Saya dah lama menyepikan diri tapi tahun ni kembali aktif sebab dapat ramai kenalan blogger baru.
Rasa semangat untuk kongsi cerita dan pengalaman baru bersama blogger. (^_^)
Tahniah aktifkan diri ya, semoga mudah urusan...berblog boleh mengisi masa lapang
PadamTak sempat nak menulis, teringin nak seperti dulu
BalasPadamUtamakan yang realiti di hadapan..blog anytime..pada saya tak apa blog di tinggalkan pun ok..asal kita bahagia dan gembira
Padamabe kie suka berkongsi artikel menarik dgn para pembaca blog. Bila mereka komen tu, terasa gembira sgt. Terasa diri ini dihargai.
BalasPadamsemoga kita semua terus berblog =)
BalasPadamAi mulakan blog atas tiket minat 13 tahun dulu. Muda remaja lagi.
BalasPadamOyen ada d mana2.. Yeah.. Selamat Maju Jaya Berblogging..
BalasPadambetul, saya melepaskan lelah juga dengan blogging
BalasPadamtulis yang baik-baik pasti ada manfaatnya. singgah ziarah blog tuan, terima kasih singgah blog saya.
BalasPadamgood tips etuza tq for sharing
BalasPadamHappy blogging.
BalasPadamThanks for sharing.
Happy Blogging Etuza. Etuza adalah salah seorang yang maintain ber-blogging. Mantap. Teruskan berkarya. Saya ada masa... selalunya malas menulis.
BalasPadamnice info!! can't wait to your next post!
BalasPadamvisit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.