Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam blogger Malaysia, salam semua klik blog Etuza. Terima kasih sudi klik dan membaca apa juga info dalam blog ini. Syukur sangat hargai kehadiran anda.
Kawan saya tiga orang kami sekampung kini telah selesai suntikan Vaksin Dos 3 Pfizer di Dewan Masyarakat Keningau, Sabah. Tahniah kepada mereka kerana mendahului. Katanya dalam whatsApp, nama mereka tersenarai penerima Suntikan Dos 3 kerana mereka adalah antara orang Barisan Hadapan.

Puan Asmawati Asri- Dos 3 Pfizer

En. Suadin Musahi - Dos 3 Pfizer
En. Slyester Salungin-Dos 3 Pfizer
Kenapa Vaksin Dos 3 Pfizer?
Etuza agak tertanya kenapa ada lagi Dos 3 Pfizer kepada yang telah lengkap dua dos Vaksin Pfizer. Agak keliru dan mulai membuat pembacaan melalui Google. Etuza mendapat kenyataan bahawa Vaksin Pfizer dalam badan hanya setakat 6 bulan.
Sebab itu ada kajian keberkesanan vaksin jenis ini dan akan ada Vaksin Pfizer Dos 3. Bertujuan sebagai pengukuh dan penguat vaksin Pfizer dalam badan. Dikatakan Dos 3 Pfizer adalah berfungsi sebagai Vaksin Penggalak dalam badan, di mana ketahananan dalam badan lebih meningkat menentang wabak Virus Corona-19.
Bagaimanapun pengambilan Dos 3 vaksin Pfizer terserah kepada individu untuk mendapatkannya. Diberi kebebasan menerima atau tidak sahaja. Yang penting sudah dahulu lengkap 2 dos Pfizer. Kepada semua hendak baca lebih lanjut tenbtang Dos 3 Vaksin Pfizer sila klik SINI.
- ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan
bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan
meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan
dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan
kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius.
Walaupun seseorang itu telah
menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti
mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined
space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau
bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19
masih belum diketahui.
- BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZERBIONTECH?
Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini
adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai
penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko
keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.
- SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor
ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan
kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan.
12 Ulasan
dos ketiga di galakkan untuk warga emas dan frontliners kalau tak silap, moga dengan adanya dos ketiga ini kita akan semakin terhindar dari covid 19 terutamanya frontliners.
BalasPadamsalam kenal..berkaitan planner tu, boleh klik di link yg saya beri tu https://tukulkreatif.com/view/s/planner-ana-2022
BalasPadamboleh terus order di situ. terima kasih!
alhamdulillah..settle sudah!
BalasPadamAlhamdulillah kak belum lagi
BalasPadamhusband sy pn dh dpt dose booster ni.. efek kali ni mmg agak kuat sedikit dpd yg pertama dan kedua dlu katanya.. ada jugak yg sampai terdemam² lepas cucuk
BalasPadamTerbaik.. ada termasuk info yang berguna
BalasPadamkita usaha.. yang berkuasa hanyalah Dia
BalasPadampenerima sinovac mcm abe kie pun perlu disuntik dgn dos penggalak mcm ni. sabar je la..
BalasPadamSaya pun menanti juga untuk dose penggalak.Maklumlah..hanya Sinovac🤭
BalasPadamsaya sinovac, kena tunggu nampaknya..
BalasPadamwah cepat juga ya
BalasPadamtahniah dah dapat dos ke-3
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.