Rambut Pendek Sesuai Untuk Lelaki

Rambut Pendek Sesuai Untuk Lelaki
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Petang Sabtu hari ini, terasa mengantuk setelah banyak urusan di hadapi dari awal pagi hingga ke jam 2.00 petang. Kadang badan perlu direhatkan dan tidur adalah terapi yang sangat melegakan badan,minda dan mental kita.

Kadang kita tidak menduga dalam hidup kita akan di datangi tetamu yang kita tidak jangkakan siapa orangnya. Pada Etuza,tetamu itu dari keluarga kita atau orang jauh, harus dimuliakan. Hidangkan air minum makanan seada semampu kita. Simple seperti yang family Etuza hidangkan itu rasanya cukup memadai.

Afif menggunting rambut Zahim 
Lelaki berusia 10 tahun.
Tetamu yang datang ini merupakan adik lelaki Etuza. Adik bernama Mian,datang bawa anak lelaki berusia 10 tahun minta di gunting rambut. Afif anak lelaki Etuza merupakan anak ke 5,kebetulan ada kemahiran menggunting rambut menggunakan gunting biasa dan gunting sorong rambut elektrik.

Sejak berumur 15 tahun Afif punya kemahiran menggunting rambut dan ini kemahiran semulajadi Afif. Ternyata di desa kami ramai mengetahui kemahiran Afif menggunting rambut .

Etuza sendiri sering meminta Afif gunting rambut, rambut panjang bagi lelaki merimaskan rasa berat selain susah mengurus membasuhnya. Justeru rambut pendek amat sesuai untuk lelaki yang mahu tampil bergaya dan berwajah macho.

Afif kelihatan sangat berhati-hati
mengurusi rambut adik Zahim.

Afif anak lelaki Etuza sebenarnya gunting rambut sekadar minat dan suka. Namun ramai yang datang dari golongan remaja lelaki sebaya Afif datang ke rumah Etuza mencari Afif dan minta di urus gunting rambut ikut kehendak mereka. Afif tidak kenakan bayaran hanya sekadar membantu. Tetapi rezeki tidak terduga apabila tetamu yang datang menghulur sejumlah duit kepada Afif sebagai ganjaran dan tanda terima kasih mereka.

Zahim tersenyum apabila Etuza 
mengusik Zahim. Gambar kenangan
dirakam oleh Blogger Etuza.

Wajah Zahim berubah menjadi kemas
setelah selesai digunting rambut oleh Afif.

Afif, Mian dan adik Zahim bergambar sebagai kenangan. Kata Mian ibu Zahim minta agar rambut Zahim di urus atau digunting hari ini. Alhamdulilah niat ibu Zahim tertunai. 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh datang meminta gunting rambut kepada Afif bila-bila masa anda. Perkhidmatan gunting rambut oleh Afif nampaknya hanya untuk kaum lelaki saja. Harap maklum.

 Mian dan adik  Zahim abadikan
kenangan di Garden Etuza.
Keadaan Garden agak semak
dan banyak dedaun kering gugur..
Perlu dibersihkan semula Garden Etuza.


 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Untung ada kemahiran mengunting rambut.. Dulu DR pernah potong rambut anak buah, lepas tu anak buah x mahu lagi.. ahahaha.. kalau bahasa pantai timur Sabah istilahnya "kebak" rambutnya.

    BalasPadam
  2. wahh tiba2 dh jadi hensem boy tubahh 😅

    BalasPadam
  3. Hensem Boy Zahim, Good job untuk Afif Perfect 👌

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.