Tampilan Anak Keladi Dari Keratan Ubinya

Salam blogger Malaysia, salam semua pembaca maya yang amat Etuza harapkan hadiranmu. Terima kasih atas kesudian membaca pada paparan di halaman bacaan blog Etuza ini.

Petang Isnin lewat kemarin, terasa nak mengurusi tanaman bunga di laman. Keladi menjadi tumpuan kerana serlahan dedaun yang berbagai corak dan keunikannya. Tanpa melengahkan masa terzahirlah hasrat mengurusi bunga keladi dan ubi keladi. Cantik pula kelihatan apabila Etuza meletakkan tiga item sebagai penyubur kasih sayang pada pokok keladi di laman.

Item ramuan penyubur tanah yang Etuza letak ialah:-
1. Setelah digemburkan tanah/ dilonggarkan tanah yang agak keras.
2. Etuza letak tanah organik suburkan kembali struktur tanah dalam pasuan.
3. Etuza letak baja organik tinjah ayam yang halus dan hancur.
4. Etuza letak sekam padi ke sekeliling anak keladi.
5. Etuza siram dan letak kayu agar batang keladi tidak rebah ke bawah.



Lihat hasil kerja tangan kasar  lelaki ini kemarin petang. Damainya melihat, hilang rasa bosan atau boring menunggu maghrib azan bergema. Alhamdulillah ceria laman Etuza dek terpancar aura dedaun keladi yang unik dan cantik. Subahanallah.
 

                                                    Lihat juga link KELADI SINI SINI.