Program Panitia Sejarah Sekolah Rendah

 Program Panitia Sejarah Sekolah Rendah


Salam blogger Malaysia, salam semua khasnya kepada semua yang terklik laman Pesona Etuza Warna Kehidupan.  Hasrat hati hendak kongsikan satu pengalaman yang pertama kali Etuza lakukan dalam Dunia Pendidikan di alaf 21. 

Pelbagai usaha digalakkan dan disyorkan oleh KPM untuk memartabatkan Dunia Pendidikan sekalipun dalam keadaan PKP, dimana sekolah ditutup dan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak boleh dilakukan melainkan secara maya (PDPR)

Selain PDPR, guru juga digalakan berusaha membuat program yang menjurus kepada pelibatan murid. Sempena bulan kemerdekaan atau bulan kebangsaan Etuza sebagai ketua Panitia Sejarah akur untuk menjayakan program Bulan Kebangsaan peringkat sekolah Etuza.
 
Berfikir sejenak bagaimana hendak menjayakan. Buntu dan otak Etuza rasa macam dalam belenggu kebingungan lantaran lama tidak bersemuka dengan pelajar di Sekolah. Sebagai pendidik tanpa murid siapalah kami warga pendidik.

                        

Lalu Etuza ajak diri bertenang, relex dulu dan tarik nafas. Etuza ambil langkah membincangkan hal Program Bulan Kebangsaan secara maya kepada rakan guru mengajar Sejarah yang lain. 

Syukur baru Etuza dapat bernafas lega, kerana mereka kata buat apa terdaya dan simple, di mana penyertaan murid secara terbuka dan bukan mendesak individu murid mengikuti program. Kerana menjayakan program ini sangat jauh beza apabila program dijalankan secara bersemukan.

Etuza dapat simpulkan, menjayakan program ini, perlu kuat semangat dan ada kemahuan dan kesungguhan. Jika tidak, akan berlaku keadaan murid tidak melibatkan diri. Etuza senaraikan beberapa proses yang Etuza buat agar ada pelajar melibatkan diri dan program lebih lancar, berjaya dilaksanakan mengikut masa dan tarikh tertentu. Antaranya:-

 
1. Kemukakan cadangan program, minta persetujuan kepada warga pendidik di sekolah melalui Google Meet.
2. Hubungi rakan guru mata pelajaran ( Guru Sejarah)
4. Bincangkan pengisian program
5. Buat iklan /promosi di group whatsApp, Telegram atau Facebook di buat dari awal.
6. Buat group WhatsApp mengesan pelibatan murid mengikut acara.
7. Hubungi murid agar buat perancangan awal bersama ibubapa. Hubungi dengan cara voice mesej dan sebagainya.
8. Beri bimbingan kepada murid dan ibubapa.
9. Rujuk jadual dan tarikh tutup.
10. Hantar semua tugasan dua hari sebelum penutupan atau selewat-lewat sehari sebelum penutupan.
11. Penghakiman dibuat secara maya. Keputusan bersama secara berkolaborasi.
12. Kemukakan kertas kerja dan tindakan pihak pengurusan kewangan menggunakan wang PCG mata pelajaran.
13. Karya murid pertontonkan di Facebook, whatsApp, telegram. Like yang terbanyak antara tambahan markah kepada karya kreativiti murid.
14. Penyampain anugerah secara pandu lalu. Mengikut SOP.
15. Program selesai.

Lega rasanya dah selesai.

Catat Ulasan

0 Ulasan