Hotel KDM Indera Mahkota
Kuantan Pahang
KDM ( Kompleks Dagangan Mahkota ) Inilah permis atau Hotel terkenal juga di Indera Mahkota Kuantan Pahang. Dan nun di hadapan hotel mewah ini, kelihatan Hospital IIUM yang sangat besar lah kelihatannya. Dekat sangat dengan Hotel KDM ini. Sesampai di Lapangan Terbang Kuantan, ada seorang mamat grab, memberikan kami maklumat hal Hotel KDM dekat tempat dituju. Etuza putuskan agar ikut saja dan bersangka baik, rupanya mamat grab tu baik sangat, alhamdulillah memang betul lah tempat ni setentang saja dengan Hospital IIUM. Subahanallah..terima kasih ya Allah, terima kasih mamat grab.
Melihat situasi Hotel KDM, tidak terkata rasa bersyukur, semua kakitangan yang bertugas amat baik hati, melayan kami dengan mesra dan sentiasa tersenyum berbudi bahasa, etika kerja mereka amat cemerlang. Bila mereka tahu pertama kali datang di Kuantan Pahang, mereka bangga dan perkenalkan Hotel KDM ini, kami dipelawa dengan ramah tamah. Disediakan no perhubungan jika ada masalah, mereka juga sedia membantu jika ada kami hadapi sebarang masalah sepanjang berada di Kuantan Pahang. Ya Allah alhamdulillah.
Hotel KDM, pada pengetahuan Etuza adalah sebuah permis atau sebuah Jabatan atau merupakan Pejabat Koperasi Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan Pahang.Menediakan banyak kemudahan antarana sebagai tempat mesyuarat oleh agensi lain dan sebagainya, tetapi juga bangunan kompleks ini diletakkan atau diadakan bilik khas sebagai satu sumber kemudahan awam. Bilik penginapan yang sangat selesa ini berbayar dan amat berpatutan serendah RM60 saja semalam, murah tu kan.
Bilik memang luas dan mempunyai 3 katil segala kemudahan di dalam bilik disediakan. Kami tidak hadapai masalah sepanjang 3 hari berada di Hotel KDM Kuantan Pahang. Ramai sebenarnya datang di Hotel KDM untuk menginap dari pelbagai negeri di Malaysia.
Dalam Hotel KDM disediakan ruangan santai menunggu, boleh menonton TV dan minum air suam. Bahan bacaan yang menarik juga disediakan, dan pastilah iklan tentang tempat menarik di Kuantan Pahang menjadi keutaman diletak di tempat sudut bacaan. Memang mewah tempat ni Etuza rasa Hotel KDM bertaraf 3 bintang agaknya ni.
9 Ulasan
Cantik dan selesa hotelnya.
BalasPadamCuba makan kt Ana ikan bakar tak...restoren yg femes kt sana..
BalasPadamAlhamdulillah melalui anak cikgu dapat rezeki pergi ke Pahang. Syukur.
BalasPadamAlhamdulillah. Perantaraannya anak bertugas, cikgu dapat ke Pahang. Dalam satu, hantar anak sekali ziarah ke negeri lain. Pengalaman indah.
BalasPadamrindunya masa boleh jalan-jalan macam dulu kan Etuza...
BalasPadamdah lama tak ke kuantan.. paling best lepak pantai teluk cempedak cikgu :)
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamRezekinya ada di Pahang
ammi last pergi Kuantan 12 tahun lepas.
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSelamat menjalankan tugas dengan penuh amanah buat anakandanya.
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.