Usah terus Dibuang, Fikirkan Untuk Dimanfaatkan.
Asalamualaikum & salam Sejahtera Semua.
Etuza telah dijemput untuk menyertai Program Ziarah di sekolah contoh Serasi di Sekolah Kebangsaan Kekapor di Kuala Penyu, Sabah. Woi!! jauh juga sekolah ini. Namun kerana ini arahan ketua jabatan maka Etuza kena juga pergi dengan niat dapat menimba ilmu di sekolah yang dikatakan terbaik dalam Program Serasi.
Melawat sekolah ini, banyak sumber bahan terbuang mereka manfaatkan. Rupanya botol mineral yang dah kosong banyak kegunaannya. Bahan terbuang lain juga sangat kelihatan cantik dan berharga. Sungguh kreatif komuniti di sekolah ini menjadikan sekolah ini ceria, cantik dan menarik kawasannya. Dalam hati lain kali beraazam nak bantu ceriakan sekolah tempat Etuza mengajar pula. Ha Usah terus dibuang, tapi fikirkan kegunaan bahan terbuang untuk di manfaatkan. Jom tengok beberapa gambar keceriaan di SK. Kekapor, Kuala Penyu, Sabah.
9 Ulasan
Guna semula bahan buangan.
BalasPadamSungguh kreatif warga sekolah tersebut...memanafaatkan bahan2 yg tak diperlukan lg...jimat belanja..
BalasPadamAssalamualaikum cikgu, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
BalasPadamAlhamdulillah, tertarik dengan hasil kreativiti pihak sekolah sk kekapor. amat wajar dicontohi dan dipraktikkan oleh sekolah2 lain.
kreatifnya mereka.
BalasPadamBoleh dijadikan bahan inovasi
BalasPadamsungguh kreatif sekolah mereka, cantik taman mereka...
BalasPadamMenarik... dan sangat kreatif..
BalasPadamperlu dicontohi oleh semua. mam penah nampak satu kampung yg buat mcm ni juga.. mmg menarik
BalasPadamKami pun banyak guna brg recycle. Alhamdulillah..lahirnya anak2 yg kreatif 😘
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.