Rupanya Aku Saksi Nikah Dia.

Rupanya Aku Saksi Nikah Dia.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Lucu bila ingat kenangan ini..malu pun ada..

Nampak banyak folder gambar dalam komputer acer Etuza. Klik satu persatu, ternampak lah banyak gambar kenangan perkahwinan anak buah ini, merupakan anak perempuan kakak Etuza yang sulung, Norsakinah namanya. Rupanya gambar ini masih tersimpan dan bagaikan masih baru.

 Acara nikah bermula..

 Debaran pernah alami keadaan novers ini.

 Saksi ..nikah..pengalaman manis

Bila diperhatikan, Etuza nampaknya masa ini menjadi saksi pernikahan anak buah ini. Niat Etuza hari pernikahan dia di Masjid Munawarah nak menjadi pemudah cara sebagai emc ( Juruacara ). Saya ada bagi infor kepada kakak Etuza tentang niat Etuza itu. Lucu rasanya bila tugas hendak mengacarakan majlis nikah dia tak berapa di layan atau tidak dihiraukan. Agak malu juga lah saya sebagai orang yang ingin membantu. 

 Jurunikah memberikan sedikit ucapan dan penerangan
lelaki kena fokus..
 Imam memberi penerangan..kena sabar dan dengar

Etuza menjadi saksi utama pernikahan anak buah

Rupanya tidak perlu pun ada pengacara majlis nikah anak kakak Etuza tu. Dilakukan begitu sahaja. Ada jurunikah, ada bakal pengantin lelaki dan pengantin wanita maka secara langsung dilaksanakan terus. Tak perlu pun mengacara, nanti riuh sekampung. Ya Allah malu juga Etuza waktu itu. Mujurlah majl;is mereka tidak tergendala. 

 Debaran seorang wanita bila di nikahkan..Kakak
sedang meredakan perasaan Norsakinah..

 Ramainya yang datang menyaksikan pernikahan Norsakinah ni..anak kakak Etuza

Masa di nikahkan. Lafaz kena satu nafas..

Niat hendak mengalu-alukan rombongan pihak lelaki, hendak persilakan juru nikah Imam Alias Ali, persilakan semua tetamu dengan penuh sopan. Tapi niat Etuza tidak kesampaian. Mereka masuk ke masjid dalam keadaan penuh tenang dan damai. Tiada pengacara yang diperlukan pun. Malu Etuza sendiri, lucu rasanya bila difikirkan kenangan lalu ini. Akhirnya baru Etuza tahu, Etuza jadi salah seorang saksi nikah dia rupanya. Ok, kena duduk dekat-dekat bila jadi saksi, kena dengar betul-betul nafas dia satu kali lafaz. Alhamdulillah sekali lafaz saja sahlah Norsakinah menjadi isteri kepada saudara Hazwan. Inilah pengalaman Etuza menjadi saksi nikah kawin orang di kampung.

 Bergambar bersama ibubapa..

 Semoga bahagia hingga ke JannaNya

Menyerahkan mas kawin kepada isteri..


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Beratkan tanggungjawab jadi saksi. Kena dengar betul-betul.

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILAH.. tahniah buat pengantin dan keluarga.

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam
  5. CAITIKNYA MEMPELAI SELAMAT PENGANTIN BARU

    BalasPadam
  6. takpe lepas ni dah ada pengalaman kalau kene jadi saksi lagi...

    BalasPadam
  7. waalaikumussalam. takpa etuza, dah selamat berlangsung majlis ^_^

    BalasPadam
  8. cantiknya pengantin.. tahniah dan selamat pengantin baru buat anak sedara etuza.. tahniah juga etuza jadi saksi

    BalasPadam
  9. kawen tu sonok tau cikgu..

    nk jaga perkawenan tu yg x beape sonoknyer.. huhuhu

    BalasPadam
  10. Tahniah jadi saksi... Cantiknya mempelai perempuan... :)

    BalasPadam
  11. ha3.. tergelak pula saya bila Cikgu tak dapat jadi pengacara, kiranya majlis tak formal, buat santai2

    BalasPadam
  12. saat yang paling indah...waktu pernikahan

    BalasPadam
  13. tahniah buat anak kakak etuza..semoga berkekalan hingga ke jannah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.