Wow! Kuala Lumpur, Pijak Dataran Merdeka, Pasti Kami Datang Lagi

Wow! Kuala Lumpur, Pijak Dataran Merdeka, Pasti Kami Datang Lagi

Wow! Kuala Lumpur, Pijak Dataran Merdeka
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Wow!! Kuala Lumpur, sesak dengan bangunan tinggi-tinggi mencakar langit, Cari parking kereta sangatlah susah apabila sekitar jam 11.00 pagi menjelang, memang semua parking telah di isi. Parking yang ada mungkin di dalam gedung atau bangunan yang tinggi-tinggi, tetapi sebagai orang baru perasaan berhati-hati harus di amalkan. Risau juga sesat jalan , nanti balik ke tempat bermalam tidak tahu pula nanti. Mujur ada pemandu arah iaitu waze. Mudah lah berziarah di Kuala Lumpur.


Datang di Kuala Lumpur kali ini, menaiki kereta anak Etuza. Tetapi memandangkan situasi jalan raya agak jemmad, anak lelaki Etuza kelihatan sedikit risau dan kurang berani hendak teruskan perjalanan ke pusat kota raya Kuala Lumpur. Katanya hendak ke KLCC memandangkan dia belum pernah ke tempat itu. Etuza dan mama sebenarnya sudah kali ketiga menjejakkan kaki ke KLCC. 

Kali ini distinasi hendak ke tengah Kota Kuala Lumpur. Tempat yang banyak lorong hendak membeli belah atau tempat banyak shoping. Jika di KLCC hanya berlegar di dalam bangunan tinggi tersebut dengan menaiki lif atau escalator.


Sepanjang jalan bila ada kesempatan Etuza klik beberapa situasi tempat sekitar pandangan di Kuala Lumpur. Etuza kagum sebenarnya, sebab Kuala Lumpur tempat yang sangat membangun ibu kota Negara Malaysia ini benar-benar tempat yang jauh membangun. Bangunan tinggi sangat dekat antara satu sama lain. Memang cantik Kuala Lumpur. 


Etuza kali ini, sempat bergambar berlatar belakang kan Bangunan Bersejarah di Dataran Merdeka. Unik bangunan ini. Sangat mempersona dan salah satu daya tarikan pelancong dari luar negara mahupun masyarakat setempat di negara Malaysia. Sebabnya Etuza sendiri tertarik untuk singgah di Dataran Merdeka. 

Biasa kita melihat panorama dan kemeriahan di Dataran Merdeka di kaca TV khasnya apabila ada majlis sambutan kemerdekaan dan sebagainya. Memang cantik view Dataran Merdeka ini.  Alhamdulillah, walaupun seketka berada di Dataran Merdeka kami merasa puas dan bersyukur sangat dapat berpijak di sini, Kuala Lumpur yang sangat maju ini.

 Gambar Kenangan berlatar belakang kan Dataran Merdeka.

Gambar kenangan kami di kawasan Dataran Merdeka Kuala Lumpur

 Kelihatan view sini agak lama dan ada replica layang - layang 

 Agak sibuk jalan raya. Antara pandangan di Kuala Lumpur



Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Syukur alhamdulillah dapat pijak lagi kaki di Kuala Lumpur, inshaAllah akan datang lagi ke sini..aamiin

Cuti sekolah disember lepas saya join rombongan, sempat pi ke istana negara ja. Banyak lagi tempat kat KL yg belum dilawati 😅

Umi Nazirah moga ada rezeki jejaki lagi KL ya

Selain banyak kereta, banyak pembinaan jalan/rel baru.
Senang naik bas atau perkhidmatan lain kalau ke bandar KL.

kuala lumpur kalau yang tak biasa memang agak susah, susah nk cari parking berbayar yang kosong terutama di masa cuti sekolah. Saya yang kerja di KL pun jarang sangat ke tengah bandar KL tuh kalau takde urusan. Susah nak cari masa yang tak sesak...

Setakat ni, saya belum sempat berjalan jalan di.kuala lumpur lg...

Saya pergi KL kalau ada urusan je. Family kurang gemar ke sana sebab traffic jam.

Org kata kalau tak jemmed bkn KL namanya...tambah2 lg musim cuti...bikin finin fala...

Sejak guna highway, dah jarang2 singgah key eyl

bestnya, Amar pun takpernah jejak lagi sana. Added to my to-go list hehe

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger