Pertama Kali Makan Nasi Arab Memang Sedap

Pertama Kali Makan Nasi Arab Memang Sedap 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Selamat menempuhi alam tahun baru 2019 yang dalam kiraan beberapa jam lagi kita akan layari kehidupan pada 2019.

Agak lewat updated blog, banyak kerja yang hendak diurus dan perlu diselesaikan dengan segera. Seakan dituntut untuk segerakan kerja dan urusan tersebut, sebab itu blog hari ini dan sejak petang kemarin tidak terjengok oleh admin blog. Kepada yang ada membaca dan melihat paparan blog Etuza kemarin, pasti nak tahu juga rupa dan keadaan Menu Nasi Arab di Restoran Mashawi di Jalan Sepanggar bersebelahan Tang Dynasti di Kota Kinabalu, Sabah.

Etuza hendak khabarkan memang lazat dan sedap sekali nasi  arab dan lauknya sekali. Maklumlah kami sekeluarga seramai lima orang belum pernah makan resipi Nasi Arab dan lauk ayam masakan orang arab, kecuali kakak ( anak sulung ) pernah makan Nasi Arab ketika belajar di Mesir. Mama di sebelah apabila Etuza tanya mengakui juga special dan katanya terasa sedap sekali hingga kenyang katanya. Bagi yang selalu makan resipi nasi arab, rasanya makanan ini biasa bagi mereka. Tetapi bagi kami, makanan ini antara yang tersedap pernah kami makan. Alhamdulillah syukur nikmat, sampai juga niat makan nasi arab yang di maksudkan oleh anak tempoh hari. Baik lah tengok dan lihat gambar nasi arab, antara resipi di Restoran Mashawi ini.

Hungry ? Buku Menu yang lawa

Best semua resipi yang ada di dalam menu..Nak buka restoran
mewah kena lah ada resipi secantik ini. Baru ramai nak datang..

Resipi Nasi Arab -Lauk ayam ada salutan kuah ada aroma seperti pudina

Nasi dari beras basmati di masak sempurna dan menarik warnanya

Resipi nasi arab yang dalam gambar ini agak beza. Ini oder anak
perempuan Etuza..sedap katanya

Tengok tu BEST kata mama

 Licin tak ada yang tinggal..makan bersih pinggan SUNNAH NABI SAW

Kepada orang Sabah khasnya yang ada di sekitar Kota Kinabalu, boleh lah datang ke Restoran Mashawi ini. Memang menarik tempat ini dan pasti anda merasa gembira menikmati makanan masakan arab. Datang lah menjamu selera di sini. InshaAllah ada kesempatan kami datang lagi ke sini suatu masa.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Restoran ini Etuza promotkan kepada pelancong dari Semenanjung jika anda datang ke Sabah. cari lah restoran ini. Waktu makan malam sesuai datang sini ( Dinner )

    BalasPadam
  2. nasi arab memang sedap Etuza dan sy mmg peminat nasi arab akan pastikan ada salad, hummus dan minum jus lemon mint/mint lemonade...minum sekali mesti nak lagi..hehe

    BalasPadam
  3. Memang sedap Nasi Arab. Selalu YEA suka makan Nasi Arab Kambing. Hehe. Selamat tahun baru 2019 cikgu. Tak lama lagi nak sekolah sesi 2019 dah ya :)

    BalasPadam
  4. Harganya pun boleh tahan,kan cikgu

    BalasPadam
  5. sedapnya..kna cr nasi arab jgk ni..:)

    BalasPadam
  6. memang betul sedap tu..licin pinggan.

    BalasPadam
  7. Selamat Menyambut 2019, Cikgu. Hidangan nasi Arab memang menyelerakan.

    BalasPadam
  8. Makan ketika perut kosong sedap ni Cikgu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.