Bunga Burung Ciptaan Ilahi Bagaikan Berbincang Sesuatu Di laman

Bunga Burung Ciptaan Ilahi

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Awal pagi updatedkan blog, dengan paparan burung-burung bertengek di halaman bagaikan tergari terkena magnet di atas pokok si batang Bunga Tulang di pasuan di laman Etuza. Hendak di halau tak juga nak pergi, begitu cantik bagaikan berbicara bermesyuarat sesuatu. Kepala rapat-rapat ekor tersusun indah sekali si burung kecil berkumpul bermuhibah.

Sekali pandang sepertinya sedang menghisap madu bunga. Sayap rapat-rapat ekor tajam bagaikan tidak mahu di ganggu lagi. Etuza fikirkan sejak bila ya burung tu bertengek di atas bunga tulang ini. Di pegang pun tak juga terbang, halus mulus badan semua warna pink halus dan amat cantik sekali. Agaknya pandai tak burung tu membesar. Ya Allah sangat hebat sekali, kelihatan bururung-burung itu memberitahu manusia jika ada masalah ambil lah jalan berbincang bermesyuarat khasnya penduduk kampung atau kerajaan sesebuah negara, jalan terbaik adalah berbincang menyelesaikan masalah kemelut melanda negara. Begitu agaknya bahasa burung tersebut, agaknya lah ya.

Baiklah, sebenarnya inilah KEAJAIBAN BUNGA BURUNG dari bunga tulang ( jolokan orang kampung) pada bunganya. Unik sekali kan ciptaan ilahi ini. Tiada lagi yang dapat menyangkal, kuasa mencipta bunga burung bermesyuarat ini ialah Allah yang maha esa. Dulu sebermula memelihara bunga burung ini Etuza tidak perasan akan bunga dia. Suatu hari Etuza lihat banyak di atas pucuk bunga tulang warna pink. Apa tu? Subahanallah BURUNG bunga dia. Kecik-kecik comel cute bagai. Sejak itu Etuza terpikat dan jatuh cinta dengan bunga ini. Terbaru dalam paparan rancangan di TV ada memaparkan bunga ini ada khasiat atau ada kegunaannya tetapi Etuza tak dapat tangkap sepenuhnya apa kelebihan bunga ini, masa tu artis Izu Islam yang mengacarakan rancangan itu. Ada tak sesiapa tahu, bagi tahu ya. Salam pagi rabu yang indah.

Tengok banyak kan burung di laman etuza, tak nak terbang tu..
kena magnet lah dengan bunga tulang di laman

Ha nampak lagi jelas comel cute bagai bunga burung ini..panjang
paruhnya hisap madu agaknya kan..hehehehe..

Adoi burung-burung tu apa lah di bicarakan tu..
agaknya sedang berdoa kah? atau berzikir SUBAHANALLAH..
Hebatnya kuasaMu ya Allah..

Bunga peliharaan Etuza ..( Bunga Tulang Hijau )

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Maha cuci Allah dia lah paling berkuasa di maya pada ini. Lihat begitu halus dan indahnya zat Allah pada bunga burung itu.

    BalasPadam
  2. Selamat pagi cikgu ..
    Alhamdulillah segar mata pagi pagi tengok bunga cikgu

    BalasPadam
  3. Saya pun ada pernah buat entri pasal bunga unik nimtp yg saya jumpa kaler hijau

    BalasPadam
  4. cantik sangat susunan bunga dan warnanya tu, setiap satunya bagaikan berbicara

    BalasPadam
  5. Wah, uniknya bunga ni. Saya tak pernah nampak lagi bunga burung.

    BalasPadam
  6. Iu namanya bunga burung? Pertama kali tgk..tp ni burung apa? Hihihi

    BalasPadam
  7. Asalam JM..burung layang2 seoalh burung layang2 tu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.