Bertangguh Satu Kerugian
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Isnin yang indah sejuk dan damai selepas hujan panjang di malam hari. Udara segar apabila bumi hijau ini di basahi disirami oleh titis-titis hujan yang menyegarkan dan menyejukkan pepohon yang kian gersang beberapa hari di daerah kami.
Bertangguh satu kerugian, terbaca dalam artikal nukilan Hashim Shiyuti. Menarik buku yang di terbitkan olehnya ini.
Katanya:-
" Bertangguh sebenarnya datang dari diri kita sendiri, kita sendiri dan kerana kita. Sungguhpun ada yang berkata " Aku tak buat lagi kerja itu, sebab ada hal lain yang perlu aku siapkan dulu. Nanti-nanti baru aku buat, " merupakan faktor luaran yang menyebabkan satu-satu kerja itu tertangguh. Namun faktor sebenar terbesar yang menyumbangkan kepada penangguhan kerja itu adalah diri kita sendiri " Hashim Shiyuti.
Sebaiknya kita semua termasuk Etuza usahlah bertangguh dalam
melaksanakan tugas atau kerja realiti,
jika benar ada waktu kesempatan segera kita lakukan. InshaAllah..
Mengurus masa adalah ibadah. Mari kita lakukan
pengurusan masa yang tepat dalam realiti kehidupan ini.Pasti damai. Etuza
3 Ulasan
saya cukup pantang bila suruh anak2 buat sesuatu...sat la,sat lagi la..oohh mau terjegil mata si emaknya ..
BalasPadamMemang tak suka main tangguh2 kerja ni.. Mcm bazir masa jak kan.
BalasPadamSayapun sama juga, memang tak suka tertangguh2..
BalasPadamPssttt: tajuk tu tersilap eja.. Bertangguh bukannya bertanggung.. maaf.. 😄
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.