Uji Power Triton VGT Premium

Uji Power Triton VGT Premium
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Minggu ini masuk minggu pertama cuti sekolah. Pasti ramai yang hendak merancang percutian bersama keluarga tercinta. Sebagaimana perbincangan dengan isteri dan dua orang anak yang masih bersama, nampaknya kami kena akur tuntutan hendak melawat anak di Kota Kinabalu. Anak kerja di salah sebuah Hospital di Sabah, kenalah melawat anak ini agar dia tidak terlalu kesunyian di rumahnya. 

Alhamdulillah 29 November hari khamis kami selamat sampai di rumah anakanda tersayang. Kami jemput depan tempat kerjanya dan dari jauh tersenyum lebar meluru ke arah kereta ayahnya ini. Baiklah terus tuju pada tajuk entri ini.

Rasa berdebar - debar juga membawa kerete 4 x 4 Triton VGT Premium yang kini milik Etuza sekeluarga. Milik lah sangat ya. Kejap lagi sampai masa bayar kat bank. Perjalanan dari Keningau melalui jalan Kimanis merentas Banjaran Croker ke Kota Kinabalu memang jauh melebihi 100 kilometer. Dah jauh kita akan melalui cerun dan bukit tinggi yang berulang-ulang hingga sampai di kawasan Papar, Sabah baru lah landai atau rata hingga ke Kota Kinabalu. 

Cabaran yang Etuza rasa memandu kereta besar ini ialah ketika menuruni cerun. Laju sangat, kena control hati-hati pedal brek. Jangan tekan mengejut agak bahaya, kena fokus pemanduan jika guna kereta besar. Berlainan sungguh dengan kereta Wira atau Exzora Etuza. rasa memandu Triton VGT 2.4 ini kena hati-hati sepanjang pemanduan. Yang best sekali ialah ketika memandu naik bukit..Subahanallah lancar walau dia slow sikit tetapi dynamic lancar yang memang sangat POWER giler..Lepas tu sampai di kawasan rata landai di Papar, pastilah lagi selesa. 

Alhamdulillah syukur sujud Etuza di Masjid Negeri Sabah sebaik sampai di Kota Kinabalu. Etuza dan anak lelaki Etuza Ibnu Mustaqim sempat jemaah Zohor di Masjid Negeri. 

Begitulah kini teruji kehebatan Triton VGT Premium yang kini Etuza pandu. Memang berbaloi mendapatkan kereta ini yang kawan Etuza cadangkan pada Etuza. Terima kasih ya Allah beri kami meminjam hartaMu ini. Kami akan jaga dan niatkan untuk menggunanya demi mendapatkan redaMu. Jika ada yang nak tumpang ada ruang kami tumpangkan. InshaAllah. Hal ini tak mustahil..kereta ini umpama milik bersama bagi yang berkenaan yakni insan lain yang perlukan bantuan.

TRITON VGT PREMIUM 2.4 INILAH CIRI-CIRINYA..
Triton VGT Premium

  • MIVEC Turbo Diesel Engine
  • 181ps Max Power and 430Nm Max Torque
  • 5 A/T with Manual Mode
  • Bi-Xenon Headlamps with LED Daytime Running Lights
  • 17" Alloy Rims
  • Leather Seats
  • Automatic Climate Control
  • Push Start with Keyless Operation
  • Reverse Camera with Guidelines
  • Active Stability Control with Traction Control
  • Trailer Stability Assist
  • Hill Start Assist
  • Easy Select 4WD System

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. waahhh jalan2 dgn kereta baru ya cikgu..anak2 pasti seronok,kan...

    BalasPadam
  2. Bercuti di rumah anak ni Puan Kamsiah...

    BalasPadam
  3. Kalau dok Sabah memang perlulah memiliki 4WD mcm ni agar mudah memasuki kampung2 yg sukar dimasuki oleh kereta.

    BalasPadam
  4. bestnya bercuti2 ngn kereta baru tu ye....
    yelah klu jln yg agak bukit2 mmg sesuai lah kereta jenis mcmni kan...

    BalasPadam
  5. Memang selesa drive kereta tinggi dan besar macam tu ye cikgu. Lagi lagi melalui jalan yg berbukit di Sabah, memang stabillah kan bawak Triton

    BalasPadam
  6. Bilalah nak merasa menumpang kereta baru ni.. 🤗

    BalasPadam
  7. Zumal pernah juga try bawak triton tapi versi lama sikit, barang penuh kat belakang pun rasa macam tak bawa barang je

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.