Di MataNya Tidak Ada Status Membezakan Kita ( Mesej , Baca Yang Merah )

Di MataNya Tidak Ada Status Membezakan Kita ( Mesej , Baca Yang Merah )

Di MataNya Tidak Ada Status Membezakan Kita
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Suasana dalam KLCC, di tingkat atas..

 Sudah kedua kali hujan di Keningau, kerja-kerja pembersihan kawasan laman tidak dapat diteruskan. Menonton TV agak malas, minum secawan White Coffie terasa segar dan sedap makan roti yang lembut mama beli petang kemarin di Gimart Mall. Elok layan blog..tak juga membuang masa. Sebab andai ada ilmu kawan-kawan blogger pasti dapat juga kongsi ilmu itu.

Ada beribu gambar-gambar masih tersimpan di folder. Klik dan klik, ternampak moment indah Etuza, mama dan anak datang ke restoran Suria KLCC untuk makan tengahari pada suatu masa lalu dan pada tahun 2018. Rasa cantik jika nak letak di blog. Ok apa temanya atau tajuk nak buat berkaitan. Nak tulis perkara tentang gambar tu, rasa tak menarik. Asyik -asyik tunjukkan kat orang tempat kita visit di KLCC. Jika bloggers dari Kuala Lumpur rasanya MUAK tengok malas tengok gambar-gambar KLCC ni, tapi mohon maaf gambar - gambar ini di KLCC begitu manis dan penting bagi familiy Etuza. Kiranya hak Etuza lah nak kata apakan tentang gambar KLCC.


Tengok tu..terasa nak datang ke KLCC lagi bila nampak gambar ni.
Tapi nak buat apa ya ke sana? Ha kena betulkan niat.
.Mungin ada urusan pasti ke sini lagi.

 Pernah Etuza dengar kata-kata yang agak tak sedap didengar apabila kita ada niat nak masuk di gedung-gedung terkenal, bangunan-bangunan yang kelihatan besar dan gah di mana-mana tempat. Contoh nya KLCC Kuala Lumpur ni lah, tempat lain Kuantan Mall di Pahang, di Kota Kinabalu Sabah seperti Kompleks karamunsing, Center Point, Wawasan Plaza atau One Borneo.

Katanya " Buat apa ke sana HANYA ORANG KAYA SAJA MAMPU KE SANA TU..macam kita buat apa? tak ada pun menarik kat sana tu."

Ya Allah takkan lah orang tak berduit di haramkan pijak kaki ke KLCC, ke Center Point atau ke Gimart Mall ( Keningau ). Bukan kita nak ke gedung -gedung mewah nak berlagak macam orang kaya. Ya Allah, tak baik bersangka buruk kat orang, boleh tak berfikiran positif. Dengar kata-kata macam tu hilang motivasi, hilang mood bersiaran, bercuti atau perasaan hendak tengok kemajuan negara Malaysia dan melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Etuza tak kisah juga apa orang cakap, nak juga ke KLCC walaupun tak ada duit poket walaupun kami orang kampung, orang desa dari Sabah. Bukan kami nak buat onar di KLCC, setakat nak tengok bagaimana gahnya KLCC yang selalu terpamer di kaca TV. Nak tengok bangunan kembar tinggi yang Allah izinkan mendongak langit di Kuala Lumpur. Itu saja niat. Hajat pun tercapai tidaklah kecewa tak dapat ke KLCC andai tidak berkesempatan. 

Pada Etuza STATUS KAYA, MISKIN ORANG KAMPUNG, ORANG BANDAR, BERPANGKAT BESAR, KECIL, GAJI BESAR GAJI KECIL..APA ANUTAN DAN BANGSA KITA, KITA NI SAMA SAHAJA DI MATA ALLAH. HANYA YANG MEMBEZAKAN KITA IALAH HATI DAN KEIMANAN SERTA AMAL-AMAL YANG BAIK.JUSTRU KITA SEMUA BEBAS UNTUK DATANG MELIHAT KEINDAHAN ALAM DI TEMPAT LAIN. HANYA BETULKAN NIAT AGAR TIDAK BERBANGGA-BANGGA DIRI.

Penat berjalan..turun naik..kami rehat seketika di sofa ini..
Subahanallah indahnya dalam KLCC ni

KLCC jadi tumpuan pelancong..

Selesa ja berjalan di laluan ini..sebaik sampai di Restoran tu..wow!! full..ramai
orang sedang santap..

Di luar KLCC, gambar di ambil dalam kereta..

alamak ni gambar candid ..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

sy pun kdg2 ada jugak pergi tempat2 mcm ni. niat nak jalan2 je. kdg tu tak beli apa pun. nak beli pun beragak-agak sbb sedar diri bkn org senang. yg penting pengalaman tuu..

Setuju dgn Puan Rai..jalan2 ni terapi minda juga..boleh hilang stress nampak sesuatu yang baru

Dh lama xjejak kaki ke KLCC. .. Selaluny pergi kesana hanya jalan2 ja. ..

Zumal juga orang kampung tapi sangat bangga dengan setiap kemajuan negara. Zumal pernah pergi KLCC mungkin sudah 5 kali sekadar bersiar-siar melihat mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia tapi bukan untuk shopping.

Seronok jalan2, hilangkan stress

tersentak nampak catatan Etuza ..mohon maaf kepada pembaca.. niat saya baik itu muhasabah Etuza ja

sebagai blogger tepian nak juga ada catatan tentang KLCC..banyak lagi nak tahu di KLCC semoga dapat datang lagi dengan izin Allah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (543) Agama (531) Ucapan (490) Berita (422) Doa (384) Dunia Blog (381) Promosi. (361) Info Lelaki (344) Pengalaman (299) Tips Blog (291) Anak (290) Pendidikan (278) Nasihat (244) Kasih sayang (239) Pelancongan (237) Berita Keningau (214) Rasa Bahagia (203) Alam Semulajadi (199) Hadiah (181) Gambar (162) Keluarga (145) Sejarah (136) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (112) kesihatan (96) Percutian (85) Tentang lelaki (76) Bunga (72) Cinta (60) Motivasi (60) Isu Semasa (59) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (47) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (23) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (16) Iklan (14) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Anak Buah (6) Kuiz (6) Politik (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Umrah (2) BRIM (1) Laman (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger