Puisi Luahan Rasa


 Puisi Luahan Rasa

Lupakah aku ..
Kehidupan di hari muka..
Kehidupan yang akan di lalui..
Mengisi ruang waktu di usia senja..
Dalam keadaan bahagia sekali..
Melihat tawa,senyum dan kalibat mereka..
Mendengar tangisan, jeritan bertimpa..
Minta disayangi dan diperhatikan..
Meminta agar keperluan dipenuhi..
Sesaat tak ingin terpisah jauh..

Justru kesibukan melihat, mendengar..
Membesarkan mereka menjadi manusia..
Menjadikan aku lupa ...
Lupa bahawa suatu masa...
yang aku lihat ..
yang aku dengar..
yang aku perhati depan mata..
Yang aku sayangi dan kasihi..
Perlahan akan menjauh dariku..
Apabila mereka menuntut kehidupan hari muka..
Aku tidak akan bersama mereka..
Tetapi memintal rasa rindu ..
Menyulam rasa kesendirian..
Kerana semuanya beralih arah di rantau orang..
kala itu aku tidak terfikir hakikat ini..

Baru kini aku tersentak dari lena yang panjang..
Rupanya anugerah hebat itu..
Bukan di sampingku selalu..
Bukan di depan mataku selalu..
Hakikatnya perlahan -lahan mereka jauh di sisi
Hanya kerana menuntut kehidupan mereka..
Membentuk jati diri..agar tergapai impian..

Aku tidak brdaya menahan..
Aku tidak mampu menghentikan kedewasaan mereka..
Semuanya di luar batas upayaku..

Aku hanya mampu berdoa dan berdoa..
Rahmatilah mereka ..
Berkatilah kehidupan mereka..
Pelihara mereka dari semua derita..
Berilah mereka kehidupan di hari muka..
Lebih indah bahagia sesudah kehidupan ku ini..

Puisi Luahan Rasa : Etuza.




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dari bacaan aida, ini luahan rasa seorang bapa utk anak-anak, kan.
    aduhai. terus mata aida ni menjeling kpd anak2 yg sedang tonton tv tu.
    hari ni di depan mata.
    esok esok? ... moga Allah pelihara mereka.

    BalasPadam
  2. Kata-kata cikgu buat zumal terfikir mungkin ibu bapa zumal juga rasa begitu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.