Melawat Di Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Melawat Di Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Asalamualaikum  & Salam Sejahtrera..

Bersyukur sekali kehadrat Allah Etuza, isteri dan dua orang anak telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada 6 hb Julai 2018 bersamaan hari Jumaat. 

Apa yang pertama sekali Etuza lakukan ialah sujud syukur kepadaNya di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah kerana Etuza berkesempatan menunaikan solat jemaah Jumaat  bersama anak lelaki Etuza  di Masjid yang cantik ini. Syukur ya Allah.Allah kabulkan juga niat Etuza ingin solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah. 

Masyarakat Kuantan Pahang harus bersyukur kerana dikurniakan panorama semulajadi atau persekitaran yang indah sekali. Sistem pembinaan penyusunan tiap bangunan termasuklah perumahan begitu tersusun selain memiliki tanah pamah yang rata. Hari ini Etuza dan anak-anak telah berkesempatan melawat di Mini Zoo Kuantan Pahang dan di Pantai Teluk Cempedak. Ramainya orang bersiaran di teluk ini. Dan dalam erti kata lain Etuza sekeluarga hari ini, menjadi pelancong di Kuantan Pahang khasnya di kawasan Indera Mahkota. Jemput tengok gambar kenangan kami.

 Gambar ketika baru mendarat di Lapangan Terbang Kuantan Pahang
pada 6 Julai 2018

 Suasana di sekitar Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang

 Pesisir Pantai Teluk Cempedak yang amat menarik..Batu-batuan yang
membentuk corak pelbagai saiz di tepi pantai...Cantik sekali..

 Lihatlah batu-batuan bagaikan tersusun indah di tepi pantainya..
Saujana mata memandang lautan nan biru..teruja sekali..angin bertiup..nyaman..

 Etuza abadikan kenangan terindah ini tanpa sengaja..
Subahanallah Kuantan Pahang  Kotamu indah..

 Welcom.. Bandar Indera Mahkota bagaikan menyambut tetamu baru
berpijak di bumi nyata ini..Syukur ya Allah kesempatan ini..


 Jambatan di pesisir pantai atau tebing pantai..
yang paling hebat ada tetamu makhlukNya juga menghiburkan kami
telatahnya..siapa lagi si monyet yang amat banyak..lama-lama risau kena gigit..
tak percaya ..tengok lah ada tak monyet jinak..

 Ha ini di tempat yang hampir dengan si monyet berderetan..
banyak suku sakat monyet ni..bergayut keriangan..melihat manusia..
bestlah dapat mendekati monyet  ini..

 Tu dia..seolah mengucapkan selamat jalan kepada kami semua..
semoga monyet2 ini membiak dengan sihat dan tidak mengigit para pelancong..
Masyarakat di Kuantan Pahang usah lah sakiti monyet tu ya..hehehe..

 Indahnya ciptaan Allah.
Nampak tak keindahan Pantai Teluk Cempedak Kuantan, Pahang..

 Jumpa lagi..terima kasih..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ada tak blogger di Indera Mahkota Kuantan Pahang..

    BalasPadam
  2. Pernah ke sini dulu.
    Siap mandi laut lagi.

    BalasPadam
  3. Banyak lagi tempat2 menarik di kuantan yang perlu dikunjungi.

    BalasPadam
  4. Blogger Umi ja ke orang Pahang ni ..kena bangga berada di Pahang ada teluk seindah ini..

    BalasPadam
  5. Pada 22/12 /2019 sekali lagi saya dan isteri serta anak ke enam melawat di Kuantan Pahang yang sangat maju ini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.