Bunga Keladi Yang Tidak Jemu Menceriakan Laman

Bunga Keladi Yang Tidak Jemu Menceriakan Laman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua.

Berbagai Jenis Bunga Keladi Di Laman Etuza.

 Bunga keladi memang cantik, lembut dan segar dengan serlahan pada bentuk daun dan warna corak pada dedaunannya. Sejak memelihara bunga di laman ini, memang antara kesukaan menanam bunga ialah memelihara dan menambah banyakkan bunga keladi. 

Setelah bertahun memelihara bunga keladi ada masanya bunga keladi dalam pasu tidak terjaga, tiba-tiba sahaja hilang dari radar pandangan. Tetapi sebaik hujan bunga-bunga keladi dalam pasu tumbuh semula dicelahan bunga kertas dan bunga yang lainnya.

Kadang kala terpikat melihat seri warna daun keladi. Cantik dan terpanggillah Etuza untuk mengambil gambar bunga keladi dan kongsikan kepada anda. Dahulu ada lebih kurang dua puluh lebih spesis bunga keladi, tetapi entah kemana yang lain, agaknya terkorban akibat tanah-tanah di pasuan hilang kesuburan dan keras. 

Tengok ada keladi jenis daun hijau satu warna..tetapi corak daun amat menarik..

Keladi Tumbuh Membiak Pada Biji Di Akarnya.

Bunga keladi mudah hendak tanam dan benihkan, kerana tumbuh pada anak benih dan pada isi akar keladi. Kadang kita tanam terus letak atas tanah pasti bunga keladi akan membiak banyak. Tanam di pasu juga amat sesuai, mudah hendak menjaga dan membajakan bunga keladi itu.

Jika hendak membanyakkan si Bunga Keladi, ambil anak benih dan tanam, dalam masa dua hari akan segar keladi yang kita tanamkan itu.

Corak unik merah dan pink di tengah di kelilingi daun hijau pada tengahnya.

Lokasi Lanskap Sesuai Si Bunga Keladi.

1. Tanam dalam pasuan yang sesuai dan susun pasuan tepi jalanan di laman anda atau di tempat rekreasi.
2. Tanam terus pada tanah tepian jalanan dengan pelbagai jenis warna bunga keladi pasti menarik dilihat.
3. Tanam pada pasu dan letak atas batu bata atau batang kayu. Bunga keladi akan kelihatan cantik dan menarik.
4. Jadikan bunga hiasan dalaman rumah. 

Cara Penjagaan.

1. Dedaun yang kering buangkan.
2. Siram sekali setiap hari di musim kemarau.
3. Sekali dalam seminggu letakkan baja subur.
4. Sembur dengan racun serangga perosak pada semua daun sekali seminggu.
Sebabnya daun keladi sangat disukai dimakan oleh ulat.
5. Gembur kan tanah sekali seminggu agar pengudaraan dalam tanah agak longgar. Pasti bunga keladi akan cepat menyerlahkan kenatikannya.

Di celahan bunga kertas ada kalibat bunga keladi yang cantik tirus dedaunnya dengan corak merah

Bunga keladi paling tahan paling lama dipelihara oleh Etuza..tu ada titik corak putih..

Itu juga kalibat bunga keladi yang Etuza suka..ada jalur putih pada daun hijau
Unik sekali tu..

Ini keladi ada titik merah..tersusun indah..hebatkan ciptaan Allah.
Kita semua nampak ZatNya pada bunga-bunga ciptaanNya.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cantik2 semuanya Cikgu..pokok bunga keladi ni PC suka tengok waktu pagi...waktu ada embun...

    BalasPadam
  2. Cantiknya bunga2 keladi di laman rumah cikgu

    BalasPadam
  3. bunga keladi lawa.. tp ada ubi tak pokok ni

    BalasPadam
  4. Bunga keladi yg bawah tu berbintik merah, Saya Tak pernah tengok, cantiknya..berkenan Saya tengok. Seronok Ada laman yg luas ni, mcm2 boleh tanam kan

    BalasPadam
  5. Nina Mads..ya ada ubi pada b keladi ni..dan ubi tu ada akar2

    BalasPadam
  6. Memang cantik bunga keladi ni..jika berminat boleh dapatkan biji ubi bunga keladi

    BalasPadam
  7. Cantek kan bunga keladi tanam dalam pasu.Akak ada juga tanam sepokok dua,memang mudah menjaga dan tak mudah mati.

    BalasPadam
  8. Wah, cantik2x bunga keladi Mr Etuza. Hidup segar bugar lagi. Hihi. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.