Telur Dan Anak Tokek

 Telur  Dan Anak Tokek 
Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Hari ini 03 Disember 2017 tarikh gotong - royong perobohan Surau Ar Rahim Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. Etuza turut serta dalam misi merobohkan surau yang dibina daripada papan ini. Perobohan dilakukan kerana Kg. Penagatan Ulu telah mendapat peruntukan pembinaan Masjid baru, dengan kata lain surau dinaik taraf ke Masjid yang akan di bina selepas ini. 

Semasa perobohan dilakukan ramai orang kampung memperkatakan hal tokek, Etuza baru ingat surau ini sebenarnya ada tokok di syiling. Kalibat tokek besar itu akan kelihatan semasa siang dan waktu malam untuk mencari makan dari serangga yang datang pada lampu  kala malam. Etuza pernah melihat ketika solat terawih, semua orang hanya mampu melihat dan mereka sepakat untuk membiarkan tokek tersebut hingga membiak.

Sampailah masa perobohan tokek - tokek kebingungan hendak kemana, telur dan anak-anak telah ditangkap. Antara tokek tersebut Etuza telah berusaha menangkap satu ekor kerana Etuza yang nampak terlebih dahulu. Etuza meminta bantuan dari saudara Jakirin kerana dia ada sarung tangan. Rasanya inilah sejarah yang menggembirakan Etuza hari ini dapat pelihara dua ekor tokek dari surau. InshaAllah akan update ke blog ini nanti.  Etuza terfikir tokek itu memilih Etuza, Jakirin, Roslan dan Jabilin untuk memeliharanya. Kami berempat dapat tokek. Dapat ja tokek bergegas balik rumah kerana takut terlepas dan mengigit kemudian kembali ke projek gotong royong ini.

Telur Telur Tokek Melekat pada papan almari..dijumpai hari ini

Salah seekor tokek besar ditangkap apabila proses merobohkan surau
di Kampung Penagatan Ulu, Keningau

Sedikit perobohan surau Kg. Penagatan Ulu telah dimulakan.
2 konopy dipasang untuk orang kampung berteduh dan tempat makanan minuman

Inilah dia Jakirin Gusman yang begitu berani menangkap tokek 
yang kebingungan apabila dinding surau mulai di kopek..
mengigit ..mujur pakai sarung tangan..

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.