Sedap Pula Mee Goreng Dia Masak
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Inilah gaya mee goreng anak sulung lelaki Etuza masak...sedap juga hingga
dua kali ambil. ( Mee goreng kosong pun jadilah )
Pagi-pagi lagi sudah bangun, bunyi agak kecoh di dapur kesayangan mama, singki tak bersih mulai dia membebel. Anak dara kena rajin bersihkan dapur, kena basuh baju di bilik mandi dan paling tidak kena pandai menyapu lantai. Cuti-cuti kena membantu mama mana-mana patut. Inilah antara kata-kata nasihat mama kepada anak-anak kami. Yang lelaki ke atau perempuan belasah saja dengan kata-kata ini.
Berbeza awal pagi kemarin punya cerita. Lain macam saja bunyi mereka bergelak ketawa. Cuti sekolah pastilah meriah anak-anak Etuza yang semua sudah remaja dan naik dewasa pun yang sulung abang kakak. Hanya satu lagi masih belum balik kerena ada exam hujung tahun ini. Apa yang mereka bising semacam terasa hendak sekaki sekali ayah mereka ini.
Wah! wah ( dua kali wah ) Ayah mari makan mee goreng masakan abang. Di meja nampak mee goreng masih panas dan menyelerakan walaupun tak cukup ramuan seperti perlu ada sayuran hijau atau isi ayam sosej kah tidak ada. Namun kelihatan sempurna untuk di makan sarapan pagi. Wah siapa masak? Mama kah?. Semua senyum dan ketawa. Teka siapa? Kakak lah masak kan dia rindu memasak tu hari di rantau. Kakak lah masak.
Hahaha abang yang masak ( anak sulung lelaki ) Woi iya kah? Ya lah sedap rasanya, cubalah makan. Inilah kata-kata anak bongsu Etuza. Abang kakak dia yang lain mulai mengambil letak lada dan menikmati mee goreng masakan abang mereka. Sedap juga masakan dia, anak lelaki sulung Etuza turun ke dapur awal pagi menyajikan mee goreng untuk keluarga ini. Hai apa mimpinya ini, kan lelaki normal tunggu masakan dihidang dan datang makan. Ya Allah nampak sudah lah ada taman dalam hati anak lelaki Etuza ini. Syukur lah kerana dia ada sikap rajin memasak. Dalam usia dia kena belajar memasak, kena pandai kerja-kerja kampung sementara belum mendapat tawaran kerja yang dipohon. Baiklah gambar baju merah tu lah anak sulung lelaki Etuza. Sebenarnya Etuza terfikir baik rupanya anak lelaki Etuza ini. Dan memang selalu sebenarnya masak di dapur, kadang bantu mama panas kan air dan sebagainya. Alhamdulillah.
Ada lelaki liat memasak. Lelaki paling smart macam Cheaf ZAMIR
baru lah idamana wanita kan..hehehe..
Gambar anak lelaki Etuza menghias blog Etuza pagi ini.
8 Ulasan
ringan lah sedikit kerja mama di dapur hehehe
BalasPadamLelaki jarang masak, tapi kalau masak, sedap mengalahkan orang perempuan masak... hihi
BalasPadamWahhhh untungnya.. calon menantu terbaik ni.. 😄😄
BalasPadamsalam ziarah datang dari blog sentiasapanas , terliur lihat mie goreng tersebut sedap
BalasPadamwahhh kalau anak bujang pandai masak, ramai yang nak jadikan calon suami ni :)
BalasPadamTiba2 lapar ni hihi
BalasPadamnampak tempting ooooo mee anak teruna etuza masak! dah la saya ni mmg bff dgn mee..segala tok nek mee! hehehe
BalasPadamTengok pun nampak sedap ni.. berselera tengok :)
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.