Masyarakat Jepun Beriadah & Keunikan pelbagai Pakaian Orang Jepun

Masyarakat Jepun Beriadah & Keunikan pelbagai Pakaian Orang Jepun

Masyarakat Jepun Beriadah & Keunikan pelbagai Pakaian Orang Jepun

Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Warga Emas di Jepun masih kuat berjalan beriadah

Teringat Etuza kala ke Jepun suatu masa lalu, antara keunikan masyarakat Jepun yang Etuza lihat ialah cara mereka beriadah dan berpakaian. Cara mereka berpakaian sejak kecil hatta dari baby lagi sudah memakai pakaian yang lengkap sempurna. Maksud Etuza mereka lengkap dan sempurna kerana pakaian yang lengkap berstokin dan berkasut dan berbaju lengan panjang. Pakaian mereka begitu berkualiti. Pakaian yang unik kelihatan dan pelbagai style. 

Masyarakat Jepun suka memakai tali di leher atau selendang tipis dililit pada leher. Agaknya untuk mengelakkan dari cuasa panas atau cuaca musim sejuk. Kadangkala Etuza lihat wagra emas yang beriadah memakai sarung putih tipis. Nampak kemas dan bersih sekali orang Jepun ini. Sepanjang Etuza di Jepun tidak kelihatan kalibat orang berpakaian tak sempurna, seperti yang kita lihat di tempat kita. Ada yang berpakaian koyak sambil menyelongkar sampah. Sedih Etuza melihat insan yang menyelongkar sampah di tempat kita. Di Jepun tidak ada situasi begitu walau di mana-,mana. Kemajuan di Jepun tiada siapa dapat menyangkal lagi. Etuza saksi kemodenan yang hebat di Jepun.


Masyarakat Jepun suka beriadah, mereka duduk santai di atas bangunan melihat keindahan panorama Jepun. Seolah mereka bertapakur dengan melayan diri tanpa bersuara.  Mereka berjalan sangat cepat, langkah kecil-kecil yang begitu terurus. Tidak ada situasi songsang dalam ruang jalan. Jika di kiri kirilah berbaris, jika di kanan kanan lah laluan agar elak bertembung badan.  Naik tangga bergerak pun teratur. Satu kebaikan yang Etuza nampak situasi ini ialah dapat elak kemalangan apabila cara jalan tidak bertembung.



Tengok kan smart orang tua ni..kalah Etuza ..lama dia duduk ni..
Etuza curi2 gambar..berjam pun mereka boleh duduk lama..
mahu dapatkan aura ketenangan..damai puncak bangunan ini..

ada anak kecil main pancutan air dari bawah ke atas ..mybe untuk bersihkan tangan.
Sebab dalam riadah ini..rata di jalanan tiba2 ada air macam air mata air keluar..
unikkan..

Duduk santai melayan diri...tidak hirau kan orang lalu lalang di hadapan
inilah rutin orang Jepun.

Tengok pakaian dari kaki ke kepala orang Jepun.

Orang Jepun suka bersiaran beriadah ditempat-tempat menarik
Hahaha ada Malaysian sesat di Jepun ..tiba2 di hadapan tu..

Di Jepun masyarakat nya suka bersiar-siar di tempat-tempat menarik. Jika anda ke Jepun di mana-mana tempat menarik pasti lautan orang datang membanjiri tempat tersebut. Kaya lah Jepun sebab orang Jepun sendiri membuat aliran wang di Jepun mereka begitu bekerjasama dalam memajukan sesuatu tempat. Contoh nak kawasan bersih dan indah mereka sepakat erat dan menjadilah semua kawasan di Jepun bersih dan damai melihatnya. Tempat kita bagaimana?

Inilah kelebihan di Jepun, menariknya sudah nampak aura kebersihan persekitaran yang terserlah. Masyarakatnya ramah tamah. Satu lagi kelebihan masyarakat Jepun mereka suka minum teh dan makan sayuran stim tak berminyak. Itu sebab 90 % masyarakat Jepun kurus dan jarang ada gemuk di Jepun. Deretan kedai begitu fokus menjual herba teh. Hebatkan Jepun. Kepada blogger yang berkeinginan nak ke Jepun aturlah masa datang lah di sana dan lihat apa yang Etuza pernah lihat di Jepun. Jumpa lagi.

Keunikan orang Jepun dari segi pakaian dan raut wajah cantik..putih berseri-seri.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Orang Jepun ni mementingkan kekemasan dan kebersihan ye sebab tu boleh maju...

ya..beruntung sungguh tuan kerana dapat menjejak kaki ke Jepun.

saya juga berkira-kira untuk pergi ke sana suatu hari nanti..

mudah-mudahan diberi limpahan rezeki ..

aamiin

Seronok kat sana tau... rasa selamat je kat mana2, rindu nak pergi Jepun...

Bestnya dah sampai jepun. Jepun wishlist ana juga ni. Belum sampai rezeki nak ke sini. Org jepun tak kira tua muda memang suka berjalan. Sebab tu mereka aktif dan sihat. Kauh beza dgn orang kita ni.
Jepun salah satu negara yg ada keunikannya yg tersendiri.

i'd really love to go to japan someday.

followed u here #464

Cantik2 org jepun Dan mereka juga pandai berfeayen

Mmg kagum dengan etika dan budaya orang2 Jepun ni. Pendek kata displin mereka mmg tinggi kan.. thanks sharing cikgu Etuza. Menarik entri ni :)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger