Karnival SAGA Sukan Sabah 2017

Karnival SAGA Sukan Sabah 2017
Asalamualaikum Semua.

Sandakan,l Sabah menjadi tempat pusat berlangsungnya Sukan SAGA iaitu acara Sukan Sabah sesi 2017. Pasukan Keningau kali ini di ketua oleh En. Ramian Ayub merupakan Ketua Pemuda PBRS dari Keningau, Sabah.

Kebetulan adik Etuza di Sandakan, Sabah, dengan itu mudah lah mendapat beberapa gambar dan informasi tentang Sukan SAGA yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan yang di rasmikan oleh Datuk Masiung Banah pemimpin di Sandakan.

Sukan Sabah Saga ini akan berlangsung dari tarikh 09 hingga 15 Disember 2017.Bermakna kepesatan atlet dan penduduk di daerah Sandakan berlaku dalam tempoh 7 hari atau seminggu. Etuza difahamkan oleh adik sangat padat penonton di astaka Kompleks Sukan Sandakan setiap  hari. Pasti atlet dan penyokong masing-masing dari pelusuk Sabah datang di Sandakan. Etuza masih ingat ketika Keningau menjadi tuan rumah Sukan Sabah SAGA. Daerah Keningau sangat sesak masa itu.

Hari ini adik bagi infor team Sukan Takraw Wanita Emas telah di bolot oleh pasukan takraw wanita dari Keningau. wah hebat juga pasukan Keningau ini, selain telah menjadi juara dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan.  Selamat bersukan kepada semua atlet Sabah walau di mana pasukan mereka. Jana kemenangan dan di ucapkan Majulah Sukan Untuk Negara.

Menteri Sabah datuk Musa Aaman juga datang menyaksikan Sukan Sabah 2017.

Penuh astaka Kompleks Sukan Sandakan Sabah

Beberapa lintas hormat semasa acara Perasmian Oleh datuk Masiung Banah

Ketua pasukan Keningau En. Ramian Ayub 

Acara menyambut pegawai perasmi di Kompleks Sukan sandakan Sabah.
Hebatkan Sukan SABAH 2017

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. WAH MERIAH ACARA SUKANNYA RAMAI YG SERTAI N PADAT PENONTONNYA

    BalasPadam
  2. Owhhh acara ni sedang berlangsung ya Cikgu... meriahnya..

    BalasPadam
  3. meriah acara untuk rakyat sabah.....
    terbaik dan semoga pasukan yang bertanding...fair play...hihi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.