Cabaran Sebagai Guru Pembimbing

Cabaran Sebagai Guru Pembimbing
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Dalam kenangan hidup Etuza guru pelatih yang baik hati
memberi hadiah walaupun Etuza bukan mantor mereka.

Ternampak imej ini di dalam folder komputer. Gambar ini adalah berkaitan 4 guru pelatih di sekolah Etuza memberikan hadiah kepada Etuza sebelum mereka meninggalkan sekolah kerana latihan prkatikal telah tamat.

Apa yang menarik untuk Etuza ceritakan ialah mereka ini sangat baik dan rajin bekerja serta peramah dan suka berkongsi  cerita dan pengalaman masa mengajar anak-anak murid dalam kelas. Biasa mereka datang di Pusat Sumber menemani Etuza membuat kerja-kerja di Pusat Sumber.  Kadang mereka datang untuk membaca.

Situasi guru pelatih ini saling berbeza, ada yang datang sudah kita kenali dia seorang yang peramah dan bagaimana. Ada guru pelatih yang memang tidak suka di arah atau tidak suka memberi kerjasama, mereka kelihatan tunjukkan cara protes dengan cara mendiamkan diri dan tidak membuat kerja yang kita minta bantuan. Sebab itu Etuza ini walaupun guru yang banyak pengalaman Etuza kena hati-hati apabila ada guru pelatih datang di sekolah.

Cabaran Membimbing Guru Pelatih.

Banyak cabaran yang guru hadapi sebenarnya. Kerja-kerja di sekolah sangat banyak, mengajar dan kerja berbagai program dan acara. Kadangkala kita hampir ketiadaan masa hendak memberi bimbingan kepada guru pelatih secara fokus. Apatah lagi jika guru pelatih datang ketika hari sukan dan ada program motivasi yang melibatkan pengurusan hampir berminggu-minggu. Secara ringkas Etuza gariskan cabaran dalam membimbing guru pelatih di sekolah.

Dari Segi Guru Pelatih
1. Guru pelatih tidak tunjukkan buku Rekod Mengajar.
2. Tidak tunjukkan buku jurnal harian
3.  Komen guru pembimbing tidak dihiraukan.
4. Arahan guru pembimbing tidak dilakukan.
5. Guru pelatih memberi alasan 
6. Tidak datang merujuk guru pembimbing bertanya masalah diri guru pelatih.
7. Tidak bersungguh-sungguh dalam pengajaran pembelajaran
8. Kurang tegas dalam kelas hadapi murid bermasalah.

Dari Segi Guru Pembimbing
1. Ketiadaan masa memberi bimbingan secara fokus
2. Guru pembimbing diberi arahan Jabatan Pendidikan berkursus seminggu atau sebulan.
3. Guru pembimbing sibuk membuat kerja-kerja dibawah tanggungjawab
4. Kekurangan masa membimbing kerana banyak program di sekolah.
5. Masalah guru pembimbing tidak diberitahu dia membimbing guru pelatih tersebut.
6. Guru pembimbing kurang rapat dan kurang mengenali guru pelatih tersebut.
7. Masa guru pembimbing bertembung dengan kelas diajar apabila guru pelatih minta di selia.

Jika Etuza diberi kesempatan memberi bimbingan kepada sesiapa guru pelatih, inshaAllah masalah lalu akan cuba kami perbaiki. Tetapi andainya tidak dilantik Etuza sekadar memberi kerjasama apa yang sepatutnya seperti menyediakan Pusat Sumber sebagai tempat mereka berbincang dan menyediakan bahan sumber yang diperlukan. InshaAllah.

Iklan dulu bekas murid dahulu datang berjumpa dengan Etuza, membeli produk 
yang diperlukan. Terima kasis Hussien Wahamin.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Gambar tidak terang hanya gunakan Linovo masa itu..sekarang dah tukar samsung..nak kena tukar lagi macam minat NOKJIA 2 baru tu hehehe

    BalasPadam
  2. Bukan senang ye, tiap2 orang ada cara sendiri bekerja. Tapi kalau yang diatih dan membimbing sefahaman, macam2 boleh dibuat untuk anak2 murid

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum abg. Semoga impian tercapai harapan tergapai

    BalasPadam
  4. Alahaiiii anak saya kat Sarawak, tentu akan jalani praktikal di sana juga..

    Jika belajar di Sabah, mungkin Cikgu Etuza akan membimbing dia.. 😄😄

    BalasPadam
  5. Kerja yang mulia, alamdulillah. Balas kunjungan dekat sini. Saya follow :)

    BalasPadam
  6. Semoga mereka akan menjadi guru yang berkarisma

    BalasPadam
  7. Wahhh.. Cikgu Etuza mmg terbaik. Membimbing dan berkongsi ilmu perguruan dengan cikgu pelatih. Terbaik Mr Etuza. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.