Sejuk Mata Memandang Mereka ( Minggu Depan Balik Kampung )

Sejuk Mata Memandang Mereka ( Minggu Depan Balik Kampung )

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.
Gambar diambil dari FB Cikgu Jamil Akok.Guru BM di SMK Agama Keningau. 
Terima kasih share gambar ini.

Hari ini, tidak ke mana-mana melainkan ada niat handak melawat anak di Asrama SMK Agama, Keningau, Sabah. Rasanya mereka tinggal beberapa orang lagi kerana melihat Instagram Group PIBAGU sekolah tersebut ramai ibubapa wish ucapkan terima kasih kepada sekolah tersebut kerana menjaga anak-anak mereka selama 5  tahun sehingga tamat menduduki peperiksaan SPM minggu lalu. Cuma pelajar SPM yang mengambil aliran Sains minggu depan baru balik kampung, rasanya habis paper mereka pada hari Rabu. Baliklah anakanda Etuza ke kampung. Petang hari ini tertunai niat Etuza menghantar juadah masakan mama kepada anak Etuza dan kawan-kawannya yang tinggal 24 orang lagi. Esok paper Kimia. Semoga anak Etuza berjaya menjawab dengan cemerlang. Aamiin.

Baiklah cerita apa malam buta ini, sebenarnya melihat pelajar lelaki atau perempuan di SMK Agama hati Etuza rasa sejuk melihatnya. Mereka harungi kehidupan sebagai orang Islam Muslim Muslimah dengan cara sebenar di sekolah ini. Menutup aurat dan solat lima waktu begitu teratur setiap tibanya solat wajib itu. Ada masa-masa Etuza turut berjemaah dengan mereka semua. Subahanallah..cantiknya kehidupan Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad akhir zaman ini.

Antara pelajar aliran Sains di SMK  Agama Keningau, Sabah. 

Etuza hendak lafazkan kesyukuran kepada Allah kerana membantu Etuza mendidik anak-anak ke jalan yang benar. Seperti yang Etuza nyatakan dalam blog ini pada entri terdahulu, Etuza memang niat hendak memilih menyekolahkan anak-anak di sekolah aliran agama. Kerana Etuza tidak punya apa-apa. Ibubapa Etuza hanya membawa Etuza memeluk agama Islam tetapi sejak kecil tidak diajar secara khusus tentang agama ini. Ada belajar mengaji tetapi tidak terlalu digalakkan oleh ibubapa kerana ibubapa Etuza juga mualaf masa itu. Untuk anak-anak Etuza mohon pergunakan ilmu agama yang diajarkan inshaAllah hidup anak-anak ku akan aman dan damai dalam rahmat ilahi. Solat harus dijaga tiap waktu tiba laungan azan.

Satu lagi yang menyejukkan mata kala memandang pelajar di SMK Agama Keningau dan di mana pun sekolah aliran agama. Iaitu wajah mereka berseri dengan memakai songkok. Begitu bercahaya wajah mereka, mereka di latih berdikari dan mengamalkan nilai - nilai moral yang sihat dan sifat terpuji.  Jumpa saja hulur salam dan tersenyum seraya mencium tangan. Inilah aura Islam..sungguh menyejukkan hati. Terima kasih ya Allah kurniakan anak-anak yang mahu mengikut apa yang baik  untuk mereka di kehidupan mendatang.

Ceria anak-anak menjadi kebahagiaan Etuza. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.