Jumpa Orang Brunai, Jakarta Dan Singapura

Jumpa Orang Berunai, Jakarta Dan Singapura

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Terfikir pagi-pagi hendak update kan blog. Semalam sedih line begitu teruk sampaiEtuza rasa mahu  merajuk, loading lama-lama tidak juga muncul paparan gambar. Boleh juga ya line ini mengganggu rasa kebahagiaan. Merajuk pun boleh berlaku, ha bila merajuk langsung tak jenguk laman maya. Hahaha kena ke muka sendiri blog bersawang lah jadinya. Alamak nak buat entri apapun mulai blur. Mesti lawan mood kena bagus. Baiklah ini dia entri hari ini.

Bergambar bersama orang Berunai dan dari Singapura

  Jumpa orang Brunai  dan orang dari Singgapura, sama tujuan sama misi dan sama niat melancong bersama-sama. Cuma team Etuza dari Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ikut saja lah apa yang mereka arahkan, ikut saja ke mana mereka pergi. Bagus juga tidak perlu pening nak ke mana dan bertanya sana sini, mudahlah pergerakan dan urusan begitu. Bila makan Etuza ikut makan bila naik kenderaan Etuza ikut saja. Akhirnya jumpa orang ini ambil gambar selepas bertukar-tukar idea dan perancangan dan sasaran. Ha gambar tulah orang Brunai dan Singgapura. Ramah tamah belaka mereka semua.

Ambil kesempatan bersama pasangan dari Jakarta, Indonesia

Jalan-jalan ke tempat lain pula, jumpa orang ini, Etuza andaikan dari Thailad tetapi rupanya " Aku dari Jakarta, datang melancong ke sini" Owah orang Jakarta pula mereka ini. Senang sekali jumpa mereka dan borak-borak sambil berjalan beriringan seketika. Ambil gambar kenangan jadi lah begitu. Seronok dapat jumpa suku bangsa dari negara lain ini. Pengalaman sebenarnya Etuza begitu bersyukur.

Orang Jepun, berpakaian Kimono menyambut kehadiran tamu. 

Ha gambar wanita-wanita cantik dari Jepun, seolah-olah mereka ini berada di kawasan ini bagaikan menyambut tamu, sambil memperagakan pakaian tradisional oarng Jepun. Etuza rasa pelik sedikit kerana mereka berada di tempat-tempat agak terpencil. Kawan Etuza sebelah itu agak degil, cabaran hendak bergambar, kami bergerak ke arah mereka lalu ambil gambar. Syukurlah dapat satu gambar bersama mereka ini. Takut juga jika lama-lama. Ambil gambar ucap terima kasih dalam bahasa Jepun bergerak cepat-cepat ikut team Etuza yang hampir berpecah.

Sekali lagi bertembung dengan orang Berunai darussalam

Dapat sembang dengan orang Jepun yang putih melepak.Smart berpakaian

Ha pada gambar ini Etuza begitu seronok. Kawan-kawan lain mulai bergerak jauh apabila selesai makan tengahari. Etuza menghampiri lelaki smart ini dan duduk semeja dengan dia. Kawan Etuza dari Tambunan, Sabah tunggu Etuza. Borak-borak dengan pemuda dari Jepun bestnya Etuza dapatlah apply Bahasa Inggeris, mujur  pemuda itu fasih berbahasa Inggeris, berbanding yang lain di kedai-kedai jualan. Kita cakap Bahasa Inggeris dijawab bahasa Jepun manalah Etuza faham. Peramah orang Jepun mereka sangat suka ramai pelancong dari Malaysia datang ke Jepun. Ya Allah bila lah lagi dapat melancong ke negara lain pula.  Nampaknya entri Etuza ini menarik ke tidak dari anda saja menilainya. Ejaan salah mohon Etuza dimaafkan.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Cal boleh tu kumpul duit banyak2 ya..jom kita pergi sama ..hehehe

    BalasPadam
  2. Cikgu Etuza melancong ke Jepun k?

    BalasPadam
  3. Wahh seronok dapat jalan2 ke jepun kan cikgu.. lya singgah sini .. cikgu apa khabar..

    BalasPadam
  4. seronok jalan-jalan cikgu.. Kata orang jauh perjalanan luas pandangan.. :D

    Dapat berkenalan dengan masyarakat diserata dunia.. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.