Perlu Sekali Ingat Hari Kelahiran Insan Tersayang

 Perlu Sekali Ingat Hari Kelahiran Insan Tersayang

Asalamualaikum semua.

22hb Okt 2017 bersamaan hari Ahad adalah hari istemewa kepada putera Etuza yang pertama. Mulanya hendak rancang bawa anak-anak buat kejutan di sebuah restoran di Bandar Keningau. Semua telah Etuza rancang tinggal melaksanakannya sahaja.  Nampaknya plan tidak menjadi pada saat-saat akhir, kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Jadilah sambutan hari kelahiran putera pertama Etuza seringkasnya dengan hanya membeli kek untuk si bujang ini. Namun rupanya sambutan yang ringkas serta kejutan ringkas ini mampu membuatkan dia begitu gembira sekali. Itulah kebahagiaan kami ayah dan ibu kepada anak-anak kami yang disayangi.

Kek hari ulang tahun kelahiran anak lelaki Etuza

Anak bujang pertama Etuza ni, mudah sahaja tidak cerewet dan tidak apa-apa perlu sibukkan apabila sampai hari istemewa. Katanya cukup lah ayah dan mak doakan kebahagiaan masa depan kami adik beradik. Kek yang ada terlalu besar makannya dan cukup memberikan rasa kegembiraan katanya. Tidak ada kek pun tidak apa baginya. Tetapi bagi ibubapa andai ada kemampuan dan mempunyai kesempatan meraikan hari gembira, pasti diadakan majlis hari lahir dengan lagi meriah. Meriah dengan kehadiran teman-temannya bersama menandah tangan agar anak diberikan olehNya tubuh badan yang sihat dan sentiasa dirahmatiNya. Kabulkan harapan dan cita-citanya serta berjaya mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan masa depan dengan mendapat keredahaan Allah.


Potong kek cedok satu hiris terus makan..buat apa yang perlu
Usah membazir katanya..Kek ni sudah istemewa. 
Terima kasih mak ayah..tu ja diucapkan..
Semoga anak bujang Etuza ini dikurniakan oleh Allah kesihatan dan usia yang bermanfaat, dimurahkan rezeki dan di mudahkan apa juga urusan mendatanginya. Sentiasa menunaikan ibadah solat WAJIB dan sentiasa berbuat baik serta amalan yang baik walau di mana berada. Aamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Bujang ada topi pada gambar, dia lah pemilik kek 
istemewa hari kelahirannya...Syukur Alhamdulillah..

Klik SINI 

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang


Gambar bujang bertopi ..mudah saja kenal dia ni..suka pakai topi..
Gambar dia dan kawan-kawan time ke Tasik Lambaka Kelantan..masa kursus Farmasi

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Selamat Hari Lahir Ikmal..

    Dewasa dah anak bujang cikgu, makin hensem..

    BalasPadam
  2. Terima kasi Umi bagi pihak anak ..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Dah besar anak bujang g etuza ye. Happy birthday semoga birthday boy Panjang Umur Dan murah rezeki

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.