Wajah Januari 2017 Yang Comel

Wajah Januari 2017 Yang Comel
Nama Kelabu Mata Biru..
Asalamualaikum wbt.

Nampak gambar anak kucing Siam mata biru ini. Bulu putih kelabu dan ekor agak grey kelihatan amat unik dan comel.Inilah dia anak si Putih Kelabu Asap. Ibu kucing yang masih sihat ketika ada serangan virus di area tempat tinggal Etuza. Ngeri kami semua sebab siang malam kala pagi tengahari dan petang pasti ada beberapa kucing peliharaan mati sakit serangan virus yang amat kuat.

Dua bulan kemudian Putih melahirkan anak tiga ekor. Dua ekor  berbulu kelabu dan mata biru satu berbulu kuning. Tapi kesihan sebaik lahir dua ekor anak kucing itu mati. Ini sahaja yang hidup. Etuza gelar Kelabu Mata Biru tetapi anak-anak Etuza beri nama lain pula iaitu KULATI. Hai entah apalah sebab di beri nama begitu.Tapi Etuza tetap panggil nama baby cat yang comel dengan mata biru ini Kelabu Mata Biru.

Bila ada tetamu datang semua hendak menimang si Kelabu Mata Biru. Memang comel lah baby cat ini. Bulu gebu.Senang sekali rasa hati melihat anak kucing ini di dalam rumah. Umur dah dua bulan. Cergas dan pandai dah makan wiskers. Pandai pula tu buang air kecil ke tempat yang dikhaskan. 

Terimalah Kelabu Mata Biru Dalam Blog Tuan Etuza.

Oleh kerana bulan Januari 2017 semakin dekat menjelang maka, dilakarlah satu bulan Januari dengan padanan paling hebat paling comel gambar terbaru Kelabu Mata Biru. Semoga Wajah Comel Januari Bersama Kelabu menjadi tatapan kita yang mampu lahir rasa teruja, suka dan menyayangi alam kucing di rumah anda.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Memang comel.. menarik mata memandang..
    Geramnya tapi saya tak berapa berani dgn kucing.. hehehe

    BalasPadam
  2. Semoga si Kulati bermata biru sentiasa sihat dan cergas.

    BalasPadam
  3. comel kucing ini cikgu etuza

    BalasPadam
  4. comelnya ...syamimi mesti suka ni kalau nampak

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.