Giant Kini Di Keningau, Sabah
Kesibukan selama beberapa hari selepas Giant di Keningau di buka Julai 2016

Keningau, Julai 2016, dengan rasminya Pasar Raya Giant telah dibuka seminggu sebelum menjelang hari raya 2016. Satu lakaran sejarah di Keningau setelah sekian lama masyarakat Keningau dan setempat menanti penyiapan Giant yang cukup besar di Keningau, sesuai dengan nama Giant, yang terletak di tepi jalan menuju ke Kota Kinabalu berdekatan dengan kawasan perumahan Fajar serta setentang dengan Jabatan Perikanan Keningau, Sabah 

Pembukaan secara rasmi pada hari pertama menyebabkan kebanjiran manusia di sekitar Keningau. Ekoran masyarakat dari daerah seperti Nabawan, Sook, Tambunan dan Daerah Tenom keluar beramai-ramai menuju ke Giant di Keningau. Semuanya bertujuan hendak mendapatkan barangan atau produk yang murah sebaik Gaint membuat beberapa promosi beberapa barangan pada harga yang murah.

Etuza dan anak-anak tidak ketinggalan mendapatkan bawang, ubi kentang dan barangan lain yang ketika itu memang murah serendah RM1.99 sekilogram bagi bawang merah di Gaint.Kesesakan lalu lintas juga telah berlaku di Keningau selama tiga hari. Bagaimanapun kini Giant mulai beroperasi setiap hari di Keningau dan kelihatan keadaan lengang dan dikunjungi oleh sekitar tempat penduduk yang dekat seperti Kg. Bayangan, Kg. Tudan Baru dan kawasan sekitar yang dekat. Pembinaan Giant di Keningau sebenarnya menaikkan lagi nama Keningau sebagai sebuah Bandar yang kini pesat membangun. Tahniah kepada warga Keningau, Sabah  atas terbinanya Giant yang kini gah di Keningau.