Kejutan Awal Pagi 11 Jan 2016

 Asalamualaikum semua.

Pagi ini, bergerak lebih awal ke sekolah, kerana minggu ke dua persekolahan ini Etuza  diarahkan dalam jadual Guru Bertugas. Tugasan guru bertugas setiap minggu ini agak banyak juga, kerana awal pagi ada perhimpunan rasmi. Dewan kena sediakan. PA System juga dan kena kawal murid dalam perhimpunan. Akan jadi pemudah cara dalam perhimpunan.

Sebaik naik kereta Etuza terkejut apabila anak-anak Etuza menghulurkan kad purple pada muka depan kad yang di lipat tiga. Wah!! ucapan SELAMAT HARI LAHIR khas untuk ayah kesayangan mereka nampaknya. Etuza rasa terkejut, kerana ingatan seumpama ini, lebih bermakna dan amat memberi kegembiraan kepada Etuza berbanding kek yang hanya mampu di sumbat ke mulut, makan dan simpan seketika dalam kantung perut kita.

Dahulu anak yang selalu buat kad seperti ini ialah anak sulung Etuza yang sedang belajar di Mesir. Kalau tinggal di asrama, anak saya tu akan buat kad kecil-kecil dan simpankan. Lepas tu apabila balik rumah anak saya tu akan hulur kepada ayah dia ni. Wah!! rasa sangat dihargai dan memang anak-anak saya selalu ingat tarikh lahir Etuza. Bila mereka nampak apa juga hal Majlis hari Lahir penyanyi Siti Nurhalizah, mereka akan segera datang ke arah Etuza dan hulur salam sambil ucapkan Selamat Hari Lahir buat Etuza.

Sambutan Hari Lahir ( Pentingkah? )

Etuza sebetulnya jarang meraikan hari lahir Etuza dengan membeli kek bagainya. Tetapi cara Etuza ialah berdoa kepada Allah, memohon agar diberi kesihatan, dan paling wajib ialah kita mesti BERSYUKUR atas kurniaNya menambah usia kepada kita. Biasanya Etuza mesti memberikan hadiah kepada anak-anak dan isteri, Etuza selalu buat kejutan kepada mereka. Seperti kejutan hari lahir Irfan Etuza bawa anak-anak ke satu restoran dan adakan Majlis Doa Selamat sempena hari lahir Irfan baru-baru ini pada 24hb Dis 2015.Kadang kala Etuza akan ambil sehari bersedekah kepada sesiapa sahaja yang bernasib baik apabila Etuza raikan hari lahir anak-anak Etuza.

Bagaimana Sambutan Hari Lahir Di Sekolah.

Majlis sambutan hari lahir di sekolah setiap tahun. Boleh dikatakan setiap tahun Etuza dan beberapa rakan guru adalah pemula sambutan hari lahir yang diraikan bersama rakan guru. Di sekolah Etuza tidak dedahkan sangat tarikh lahir Etuza. Staff rasanya semuanya tahu terutama bahagian pentadbiran atau staf pejabat. Jika mereka ingat adalah ucapan tetapi apabila mereka tidak ingat tidak apa-apa bagi Etuza. Murid juga, semuanya murid atau kanak-kanak yang memang tidak tahu apa-apa tentang hari lahir Etuza. Kecuali beberapa orang tertentu yang sama bulan lahir dengan Etuza. Murid tersebut akan ucapkan selamat kepada Etuza. Pada Etuza cukup sempurna Ucapan hari Lahir ini apabila isteri dan anak-anak Etuza yang lebih mengingati dan membuat kejutan. Bersyukur atas ulang tahun kelahiran itu pada Etuza amat penting sekali. Syukuri lah nikmat ulang tahun kelahiran anda semua.

Terima kasih isteri dan anak-anakku..
Terlalu menyayangi kamu...
Yang amat ke sayangi...