Asalamualaikum...

Simple murah tetapi tetap ada yang unik...tahnia bakal anda miliki..
Teka Teki Bakal Kejutkan Blogger Yang Bijak Merebut Peluang.

Kuiz sudah dijawab. Apa lagi teka teki Etuza dalam blog. Rasanya ada yang sudah menunggu ketibaan oleh-oleh dari Blogger Sabah.Katanya ada hadiah juga di bulan November 2015 menerusi ruangan komentar unggul edisi November yang baru berlalu.

Kali ini hadiah Etuza sebagai penghargaan kepada 10 blogger unggul dalam ruangan komentar akan merima hadiah paling simple dari Etuza, tetapi anda yang bakal menerimanya pasti akan merasa gembira kerana dalam simple hadiah itu tetap ada yang unik bagi anda. Akan di hantar tidak lama lagi, kepada Mizz Aiza dan Nao Mei alamat ketika ini belum Etuza dapat kesan, ini disebab kan Page Facebook Etuza tidak dapat paparan sepenuhnya. Jenuh menunggu tetapi tidak dapat paparan yang sempurna.Akan berusaha ke FB Etuza kesan alamat yang dihantar oleh Nao Mei.

Mizz Aiza serta Nao Mei jika tidak keberatan, mohon agar letak alamat anda dengan segara di ruangan komen blog Etuza. InshaAllah Etuza tak akan terbitkan kecuali salin ke nota Etuza. Harap ambil tindakan dengan segera ya. Harap maklum.

Untuk hadiah mangkuk putih bersinar. Setakat ini kita tidak tahu siapa yang bertuah itu. Yang Etuza lebih tahu ialah akan dihantar ke alamat yang ditetapkan.Tunggu sahaja dan  Etuza berpesan kepada blogger yang menang kuiz Etuza hari itu nanti agar hidangkan sejenis juadah dalam mangkuk putih bersinar tersebut. Tidakan ini nanti  secara langsung blogger ini lah yang memenangi Kuz khas dari Etuza tersebut.