Di Mana Titik Kekuatan & Ketangkasan 
Dalam Acara Sukan ..
Pingat Emas...Pingat Perak dua-duanya adalah
 sekadar pingat..seketika memberi rasa bahagia...
Assalamualaikum semua. Pasti bahagia hari ini, disamping rutin kehidupan seharian anda.

    Perkongsian kali ini sekadar hendak kongsikan pengalaman baru bagi sekolah tempat Etuza bertugas.Setiap tahun kedudukan sekolah kami dalam acara kejohanan kesukanan peringkat zon agak tersorot. Selalu berada di bawah atau dalam erti kata lain kalah dan tidak mendapat sebarang pingat EMAS. Sekadar berpuas hati dengan pingat GANGSA atau pingat PERAK.Padahal dahulu dalam era awal tahun 90an dan awal 2000 sekolah tempat Etuza bertugas dikatakan antara sekolah yang memiliki atlit yang handal hingga ke peringkat negeri tahap pencapaian serta menjadi JOHAN keseluruhan berturut-turut.

Di Mana Titik Kekuatan & Ketangkasan 
    Alhamdulilah tahun ini 2015, ada peningkatan dalam kedudukan sekolah Etuza dalam acara sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat Zon Pegalan, Keningau. Kedudukan dari tangga bawah dapat dipertingkatkan ke tempat ke lima dengan pungutan 1 EMAS 2 PERAK dan 1 Gangsa. Serta tempat ke lima dalam pertandingan perbarisan. Pasti guru besar dan semua warga guru sekolah berpuas hati dengan kejayaan yang agak mengejut ini. Di mana sebenarnya titik kekuatan dan ketangkasan atlit dahulu dan sekarang( zaman ini ).

1. Dahulu kelihatan fizikal peserta sukan tegap, fit dan bertenaga serta saiz badan besar dan tinggi. Kaki nampak pejal dan kuat . Ini disebab kan dahulu peserta sukan berjalan kaki datang ke sekolah, makan sayuran tidak diracun dan tidak dihidangkan dengan makanan yang berlemak dan berkelestrol tinggi.

2. Zaman sekarang 95% pelajar atau atlet malas berlatih, malas datang ke sekolah pada waktu petang untuk latihan intensif. Pelajar atau atlet di hantar ke sekolah dengan transport. Semua bahan makanan berkelestrol dan banyak memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat.

3. Saiz badan dan ketinggian kecil, rendah dan inilah faktor titik kekuatan dan ketangkasan tidak lagi sama tahap dengan atlit masa dahulu. 

4. Kurang semangat dan keyakinan peserta atlit. Mereka tiada usaha dan tiada kemahuan untuk merebut peluang. Tidak seperti atlet dahulu yang semakin kuat azam dan kemahuan apabila datang berlatih. Mereka berazam mesti menang dan sangup berkorban untuk berjaya.

Ucapan Tahniah & Syabas

Etuza mengambil kesempatan mengucapkan tahniah & syabas kepada Jurulatih atlit ke MSSS Zon Pegalan di sekolah Etuza iaitu kepada Cik June V Gabrine, Pn.Juina Unggi, En.Nasrul Hakim, En. Jenisi Tunggin dan En. Rosdi Rusiman. Merekalah yang menjadi kekuatan dalam sukan di sekolah Etuza. Syabas & tahniah juga kepada perai Pingat EMAS acara 4 x 200 m perempuan iaitu Lalla Kirana Deikin, Farah Hani Kahirin, Nursyfah Mohd Khairil, Izzaty Syamira Kaselin dan dua orang simpanan iaitu Nuraliya Adibah serta Izzah Athirah Rais. Semoga kejayaan ini petanda untuk kejayaan di tahun 2016. 

Masih releven entri ini sila klik SINI.