Edisi Cikgu Blog bercelotih. Adakah anda seorang yang suka membaca? Jika tidak alangkah rugi jika sekiranya anda tidak amalkan sikap suka membaca ini. Sedikit perkongsian dari Cikgu Blog, bahawa membaca ini satu amalan yang sangat baik.
Kalau anda hendak tahu apabila kita suka membaca kita diumpamakan seolah "BUKA BUKU BUKA DUNIA". Ini bermaksud seseorang yang hanya berada di rumah apabila bertindak rajin membaca seseorang itu akan dapat banyak ilmu pengetahuan dengan mengetahui peritiwa di dalam negara mahupun peristiwa yang berlaku di Dunia luar. Sungguh hebat ilmu yang akan dinikmati oleh individu yang suka membaca. Tidak hairanlah jika orang yang rajin membaca itu diumpamakan seperti " Ulat Buku".
Di sekolah Cikgu Blog telah diadakan kempen amalkan sikap membaca tahun 2014. Objektif kempen ini ialah untuk :-
1. Memupuk sukan membaca dikalangan warga sekolah termasuk murid dan guru serta komuniti lain yang ada di sekolah.
2. Membudayakan amalan membaca ketika masa senggang atau masa lapang.
3. Untuk menyemai tabiat suka membaca dikalangan murid agar mengisi masa terluang walau dimana dengan amalan membaca tanpa membuang masa mereka. ( dengan harapan lain murid akan menjadi ikon membaca di kalangan keluarga mereka)
Menerusi kempen budayakan membaca di sekolah itu maka terdapat beberapa gambar yang ingin Cikgu Blog kongsikan. Untuk anda mari kita tengok Pesona Amalan Membaca Oleh Cikgu Blog.
Aktiviti ini adalah bersempena kempen 10 minit membaca secara serentak peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.
Kempen budayakan membaca ini telah dilancarkan oleh En. Marcellus Kandu, Penolong Kanak 1 sekolah tempat Etuza mengajar.
Membaca lah kerana dengan membaca pasti banyak faedah yang kita perolehi. Tanpa membaca kosonglah jiwa dari sebarang maklumat
13 Ulasan
bagus sebenarnya amalan suka membaca ni... saya suka jugak cgu, tapi bukan baca buku...saya suka betul baca wikipedia...bila orang cakap pape, saya tak faham, cepat2 saya cari di online untuk baca... alhamdulillah sikit2 pon jadilah kan... :D
BalasPadamBaca blog kawan2pun kiranya membaca jugakan??
BalasPadamMasa sekolah rendah dahulu cikgu selalu bagi hadiah kepada murid yang paling banyak baca buku.
BalasPadamMungkin bunda orang yang paling kurang membaca...cuma sesekali diblog dan google...hehe..
BalasPadamsaya suka baca buku :)
BalasPadamsemua buku saya tak kisah janji buku. hehe
Orang yang suka membaca ni minda dia cemerlang, gemilang dan terbilang. ^_^ kan cikgu kan?
BalasPadamAmalan membaca amalan yang murni..Membaca dpt menambah ilmu pengetahuan kita semua
BalasPadamHehee kalau nak suruh si kecil suka membaca mulakan langkah awal ..Moga2 bila besar nanti dia akan minat membaca
BalasPadamJM pun suka membaca TAPi masalah nya suka baca BLOG je camna ni..berlu lebih variasikan bahan bacaan lah
BalasPadamAnak2 Lya kat rumah pon suka membaca..Suka sangat2..
BalasPadam@Bunda a.k.a KN
BalasPadamKiranya bunda rajin membaca tu..
anak2 akan jadikan hobi membaca jika dari kecil lagi melihat ahli keluarga yg lain suka membaca..
BalasPadamSayapun sedang membaca juga ni.. cari entri yang belum dibaca tapi setakat n banyak ulangan, hi3
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.